CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Auntie, Boleh Tolong Alihkan Kucing Dari Bakul Sayur Tu Tak?

13-10-2017 04:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 11224| Komen: 60|Original author: Oleh: Adib Za


Bagi pengguna yang membeli barangan basah di pasar seperti sayur-sayuran dan buah-buahan apa yang mereka mahukan tidak lain daripada mendapatkan bahan mentah yang segar. 


Namun, dalam pada itu kebersihan kawasan sekeliling juga haruslah terjamin. 

Bagaimana perasaan anda bila terlihatkan haiwan peliharaan di kawasan sayuran yang dijual?


Itulah yang dikongsikan oleh netizen ini menerusi dua keping gambar ketika berkunjung ke Pasar Awam Bayan Baru minggu lalu. 

Dia berasa kurang senang dan agak terkejut kerana seekor kucing dilihat sedang duduk dalam bakul sayuran sambil menggaru badannya. 


Ya, sudah  tentu kucing merupakan haiwan kesayangan ramai, comel dan juga manja. Namun, tindakan peniaga yang membiarkan kucing berada dalam bakul sayuran itu dipertikaikan. 

"Didapati seekor kucing duduk di atas sayur sayuran dan menggaru-garu.Pada mulanya saya ingat peniaga tersebut tidak sedar akan kucing tersebut,tetapi setelah diberitahu dia langsung tidak mempedulikannya, malah buat tak tahu dan dia bagi tahu supaya saya tidak pergi ke kedainya lagi.

"Tindakannya itu langsung tidak mempedulikan kebersihan dan kesihatan.Bagaimana jika kucing tersebut kencing atau berak dia atas sayur-sayuran tersebut?"


Katanya lagi, dia menyalurkan maklumat ini kepada umum atas dasar kebersihan dan kesedaran sivik. Tiada kena mengena dengan rasis atau pun perkauman. 

Namun demikian, terdapat pelbagai reaksi berbeza daripada para netizen. 

Kata netizen, itu adalah 'pemandangan' yang kita nampak. Bayangkan pula bagaimana keadaannya di kawasan ladang atau pun kebun yang dipenuhi haiwan peliharaan mahupun haiwan perosak lain.


Terdapat juga menganggap kucing berada di pasar sebagai suatu situasi yang biasa serta tidak memudaratkan.   

"Rasanya takda masalah kot tentang kucing tu."

"Apa la benda ni pun bikin kepoh.. beli sayur balik rendamlah dengan klorok."

Apa pula pandangan anda tentang isu ini? - CARI 
9

Bagus
6

Marah
6

Terkejut
8

Sedih
11

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote raradhia 13-10-2017 04:28 PM
semua laa nak upload nak viral, ckuplah bgtaw ja kat auntie tu. .stop kat sana! ni nak jgak babitkan social media. .apahal? eh eh, buat iols mrh plak. .
Quote Felycya 13-10-2017 04:38 PM
Belum nampak meoww terjun tiruk dalam bekas ikan lagi ambik ikan sekor untuk meoww nk sarapan pagi.
Quote mizruncing 13-10-2017 04:49 PM
raradhia replied at 13-10-2017 04:28 PM
semua laa nak upload nak viral, ckuplah bgtaw ja kat auntie tu. .stop kat sana! ni nak jgak babitkan ...

setuju ! small matter
Quote noraidil_06 13-10-2017 04:57 PM
Err byk kedai lain pls
Quote lolita737 13-10-2017 04:58 PM
standard la kat pasar byk kucing2 terbiar..kalau dh nampak xyh lah beli kt aunty tu..

mcm nk tutup periuk nasi aunty tu pun ada..
Quote imransulaiman 13-10-2017 05:11 PM
Sampai amik gambar auntie tu buat apa?

Semoga ada pula orang lain yang ambil gambar emak pemviral tu dan terkena karma.

Macamlah dia pembersih sangat!
Quote vanillaninja 13-10-2017 05:13 PM
Eh tak kan la aunty tu sorang je yang jual sayur dalam pasar tu.

So you don't like what you see? Move along.
Quote kikuri 13-10-2017 05:14 PM
dah nama pon pasar... mesti banyak stray cat... kalau rasa kotor pegi aja kedai yang lain... tak perlu viralkan auntie tu
Quote -electrifying- 13-10-2017 06:01 PM
semak la org skrg ni
Quote namr 13-10-2017 06:43 PM
Dah xda kedai lain ke sister
Quote cicicumel 13-10-2017 07:54 PM
Kucin aku pernah kencing dlm beras yg lupa.nak tutup.dia igt pasir kot.aku pon x sedar.last2 masa nk masak bau hancing.
Quote AyaqMeloSuam 13-10-2017 08:41 PM
Klu x suka p bli kt gerai lain.. habis cerita..
Ni jd KES NAK VIRAL TAPI KENA KECAM... haiyoooo
Quote sinalegna 13-10-2017 09:51 PM
Auntie tu pon x kosser nak melayan. Haha padan muka
Quote MyNameIsIris 13-10-2017 10:58 PM
Gigihnya diorang ni... siap tulis karangan sampai 2 kaki panjang... i seboleh2nya tak upload apa2 kat fb ig..
Quote insulin 13-10-2017 11:31 PM
cicicumel replied at 13-10-2017 07:54 PM
Kucin aku pernah kencing dlm beras yg lupa.nak tutup.dia igt pasir kot.aku pon x sedar.last2 masa nk ...

Hahaha. Ini lawak....
Quote RatuDunia94 13-10-2017 11:48 PM
Amboi kalo kucing duduk kemain membekap. Cer anjing meroyan 1 malaysia. belum babi lg..
Quote moonbug 14-10-2017 12:07 AM
Hal kecik pun nak besar2kan
Quote Lolalala 14-10-2017 12:16 AM
Konon dia viral, dia boleh jadi penyumbang maklumat terhangat dipasar pada netizen...sekali x seperti yang diharapkan oleh si tukang viral
Quote Orix 14-10-2017 01:59 AM
Bimbo much

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.072015 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top