CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Biarpun MBPJ Benarkan, PDRM Tetap Larang Himpunan Anti-Kleptokrasi

13-10-2017 03:51 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2500| Komen: 17

"Kita tegas dalam pendirian, kita takkan berganjak. Kita tak perakukan himpunan tersebut." 

Demikian respon Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini berhubung isu perhimpunan antikleptokrasi yang akan diadakan esok. 


sumber : FMT

Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Negara itu menegaskan, walaupun Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memberikan lampu hijau terhadap penggunaan Padang Timur bagi acara itu, namun pihak polis tetap dengan pendirian tidak akan mengeluarkan permit untuk penganjuran himpunan anti-kleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya.

"Polis menerima 27 laporan sehingga hari ini yang membantah penganjuran himpunan “Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi” anjuran Pakatan Harapan."


Semalam, Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain berkata majlis bandar raya itu tidak memerlukan kelulusan polis untuk membenarkan Pakatan Harapan menggunakan Padang Timur bagi perhimpunan "Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi".

Bagaimanapun, apabila ditanya sama ada tindakan akan diambil terhadap pihak berkuasa tempatan itu, Fuzi hanya menjawab bahawa padang itu berada di bawah bidang kuasa MBPJ.

Polis sebelum ini menyatakan masalah lalu lintas antara sebab mengapa mereka tidak akan meluluskan perhimpunan itu dan memberi amaran bahawa tindakan akan diambil terhadap penganjur.

Perhimpunan yang dijangka bermula jam 4 petang hingga tengah malam, akan menampilkan penceramah daripada gabungan pembangkang, termasuk Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad dan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Perhimpunan itu juga akan menyaksikan HARAPAN melancarkan manifesto antikleptokrasi mereka.- CARI
20

Bagus
18

Marah
20

Terkejut
13

Sedih
11

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (94 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote melayu.asli 13-10-2017 03:54 PM
Dulu kempen hapuskan kronisme dan nepotisme....hujung2 parti2 PH semua penoh kroni

Hipokrit!
Quote akusukaq 13-10-2017 04:00 PM
asal  PH pun dr bekas bekas umno . lagi korang nak kelentong.
Quote NAT_11 13-10-2017 04:05 PM
Gerunla tu, takut berats ribu orang keluar.
Mana nak sorok muka............................................
Quote memeque10 13-10-2017 04:28 PM
MBPJ buat parti gay jerlah..sure ramai penyokong DAP dan PH hadir
Quote akusukaq 13-10-2017 08:03 PM
PRU dah dekat sgt. tunggu jee la . ngape tak sabar sabar sgt . ke dah tak makan cekak ?
Quote tumpanglalu74 13-10-2017 09:49 PM
On what grounds nak tahan apart from nak mengampoo?  
Quote bit 13-10-2017 10:05 PM
Bagus la himpunan anti kleptokrasi... bukannya october fest ini pun takut? Mcm takut belon
Quote EncikRhoma 14-10-2017 04:18 PM
petang ni ke? boleh la bukak gerai jual air sambil bagi flyers coway
Quote sekngucing 14-10-2017 04:54 PM
aku ada sini.... boleh tahan org yg hadir... polia pun ok je dok kontrol crowd... takda kecoh apa pun
Quote akusukaq 14-10-2017 08:06 PM
mesti laku gerai ikan  sijamal tu.syarat jual murah murah.aku pun memborong jgk
Quote AbukRokok 14-10-2017 08:44 PM
anggaran kehadiran 10-15k pukul 8 malam
Quote alya_daniela 14-10-2017 09:51 PM
AbukRokok replied at 14-10-2017 08:44 PM
anggaran kehadiran 10-15k pukul 8 malam

bukankah target 100k
Quote AbukRokok 14-10-2017 11:23 PM

klu 100k xmuat padang tu melimpah sampai jalan raya sampai tasik kelana jaya

Quote akusukaq 15-10-2017 07:55 AM
melimpah masuk taset pun tak pe.bukti berjaya kumpul ratus ribu, khennn
.
Quote mommymonster82 15-10-2017 08:30 AM
Say no to kelepet legacy
Quote highcastle 15-10-2017 08:30 AM
Org BN himpun media PH ckp xde sambutan, orang PH himpun, media BN cakap xde sambutan begitulah juga macai2 politik berhujah. Dah serik kena tipu bulat2 dengan kata2 org politik.......
Quote DARSITA 15-10-2017 08:36 AM
Aii tgk insta gambar gambar perhimpunan meriah nya!! moga berjaya dgn apa yang diperjuangkan.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:08 PM GMT+8 , Processed in 0.055481 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top