Siapa sangka mainan yang langsung tak nampak membahayakan boleh menyebabkan sebahagian jari kanak-kanak terpaksa dipotong. Seorang pengguna Facebook (FB) berkongsi kekesalannya atas kecuaian diri sendiri sehingga menyebabkan jari telunjuk anak lelakinya parah selepas tersepit dalam mainan. "Peringatan untuk semua ibu bapa. Mainan ini dah membuat kuku dan isi jari anak saya dipotong kerana tak dapat diselamatkan lagi," tulisnya. Perkongsian itu mencetuskan kebimbangan di kalangan ibu bapa yang khuatir akan keselamatan mainan anak mereka di rumah. Malah, ada yang memutuskan untuk membuang mana-mana mainan yang dirasakan boleh membawa kemudharatan. "Lepas ni nak beli mainan, periksa dulu betul-betul keselamatannya. "Jangan beli mainan macam ni lagi. "Anak ada mainan ni, rasa nak buang terus ni," komen netizen. Dalam masa sama, netizen turut menasihati ibu bapa lain untuk sentiasa mengawasi anak kecil. Kadang-kadang benda yang kita anggap tak mendatangkan bahaya boleh mencederakan anak kita tanpa disedari. Jadi sentiasa awasi anak anda dan pilih mainan mengikut piawaian ditetapkan, okey? - CARI
|
MyNameIsIris replied at 13-10-2017 12:27 PM
maknya pun mengeja... ALLAH jadi allh
salmon-suki replied at 13-10-2017 09:57 PM
Tgk pic tu mcm muda je lg..masih alam wechat agaknya..tp da kawin awal,terberanak awal..sbb tu ana ...
MyNameIsIris replied at 13-10-2017 10:02 PM
betul2... setuju
tapi sebenarnya tak kira umur, yang tua pun jenis malas membaca
asal beranak je ...
ADVERTISEMENT