Menjaga makanan ketika musim banjir. Salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati dan dikasihi. Sekarang ini dah masuk musim hujan yang selalu turun setiap hari terutama negara beriklim khatulistiwa macam Malaysia. Kita selalu panggil hujung tahun sebagai musim banjir di mana banyak kawasan mula dinaiki air. Kita sedar tentang semua kemungkinan itu tapi isu banjir ni masih sama seperti dulu tiada apa yang boleh dilakukan selain daripada pindah ke kawasan selamat.
Apa pun mereka yang berisiko berada di kawasan banjir harus beringat bila tiba bulan November dan Disember ni kena sentiasa berwaspada dan bersiap sedia. Malah pihak bertanggungjawab kerajaan juga telah mula menggerakkan agensi untuk memantau kawasan banjir. Ini supaya tidak terlambat untuk ambil tindakan sebelum ia menjadi lebih parah. Seperti mana yang kita pernah alami tak silap tahun 2014 di mana banjir teruk melanda Kelantan sehinggakan air naik setinggi bangunan 3 tingkat. Banyak kawasan putus bekalan makanan dan juga terpaksa bergantung kepada sumbangan yang sampai dihantar melalui helikopter.
Adakah kita cukup sedia untuk hadapi banjir ini adakah kita tahu apa jenis makanan yang perlu kita simpan dan sediakan ketika banjir. Bagaimana nak jaga keselamatan dan kebersihan terutama bila dilandar banjir ini. Mari kita sama-sama kongsikan beberapa langkah awal yang boleh diambil untuk memastikan semasa banjir kita tidak menggelabah. Sebelum banjir berlaku perkara yang paling kita kena titik beratkan adalah ketahui bahawa barang yang mudah rosak dengan banjir kita letakkan pada kedudukan yang tinggi. Kalau boleh simpan dalam bekas kalis air seperti dokumen dan segala yang penting sahaja. Tapi kadang-kadang banjir kilat kita tak jangka ia akan datang secara mengejut jadi siap sedia sahaja bila-bila masa. Makanan yang perlu ada untuk mudah di simpan dan selamat ketika banjir adalah menggunakan makanan yang dalam tin atau dalam botol. Paling mudah untuk disimpan dan pastikan bekalanan makanan ini cukuplah untuk beberapa hari. Contoh simpan makanan dalam tin seperti ikan sardin, tuna atau pes dalam tin bagi memudahkan kerja memasak nanti. Semasa banjir pula setelah dipindahkan dipusat banjir yang berhampiran bawa barang yang perlu sahaja tak perlu nak bawa semua. Terutama barang keperluan diri seperti barang keperluan wanita dan kanak-kanak juga beberapa barang kesihatan lain kita gunakan. Jangan bawa barang yang lain kerana ia tidak membantu ketika ditempat banjir. Mangsa banjir diingatkan agar tidak meredah atau mandi menggunakan air banjir ini kerena kita tidak tahu air tu dari sumber mana dan mungkin ada kekotoran yang bahaya untuk tubuh badan kita. Kawal anak-anak kecil terutamanya ketika banjir ni dan penting jangan masak atau minum air banjir. Minum air bersih yang dipek dalam botol kerana ia lebih selamat. Bagi yang nak menyumbang kepada mangsa banjir pula macam orang awam ni kena tahu apa keperluan yang paling mereka perlukan masa tu. Setiap tahun kita tengok longgokan pakaian terpakai paling banyak selepas banjir. Jadi mungkin lepas ini kita boleh sumbang perkara lain yang lagi membantu seperti kelambu, tuala wanita, susu bayi, makanan dalam tin dan bahan masakan seperti minyak, gula, beras dan macam-macam lagi. Paling penting adalah air minuman bersih dan selamat untuk mangsa banjir itu sangat diperlukan untuk mereka. Ini kerana kebanyakan mangsa banjir terdedah kepada keadaan air minuman yang tidak sihat dan tercemar. Jadi bawa botol minuman yang bersih lagi bagus kot daripada sediakan barang yang tidak penting. Mereka nak masak air pun kekurangan tempat dan sumber jadi air bersih dalam botol sangat membantu untuk minum dan memasak. Kemudian yang datang membantu tu jangan sekadar nak datang ambil gambar dan berselfie sahaja dengan mangsa banjir tu niat kena betul. Tolong mereke sebaik mungkin agar kita dapat berbakti kepada mereka dalam keadaan yang sangat memerlukan ini betul tak. Maha cite ni sebab orang kita sekarang ni suka ambil gambar viralkan dulu sebelum membantu tapi tak semua lah. Untung kita kat Malaysia ini kerana kerajaan sedia membantu semua mangsa banjir dan menyediakan segala keperluan seawal mungkin. Sekarang pun mereka dah mula gerakkan dan bersiap-sedia untuk menghadapi banjir setiap tahun. Juga rakyat Malaysia sangat perihatin untuk membantu itu yang sangat bagus. Moga niat baik ini terus dikekalkan dalam jiwa kita rakyat Malaysia ok. Sebelum mengakhiri celoteh kali ini ingat banjir itu musibah jadi kita kena ingat kenapa ia datang kerana tangan-tangan manusia juga. Jadi jagalah kebersihan dan keindahan negara kita khidmat Maysarakat dari Mahamahu hehehe. Jangan lupa untuk follow Instagram @Mahamahu dan juga Facebook page @Mahamahu juga ok. Semoga selamat daripada musibah banjir tahun ini.
|
12
Bagus |
26
Marah |
22
Terkejut |
11
Sedih |
20
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT