Sebelum ini, terdapat satu pesta hiburan di Taiwan yang saling mencampak serbuk berwarna-warni antara satu sama lain. Akibatnya, berlaku satu kebakaran besar berpunca daripada bahan kimia yang terkandung dalam serbuk tersebut yang bertindak balas dengan barangan elektrik sehingga membabitkan kematian puluhan orang. Terbaru, dalam sebuah majlis umum yang penuh kemeriahan bertukar menjadi huru hara apabila berpuluh-puluh belon tiba-tiba meletup dan terbakar sehingga mencederakan lima belas orang pengunjung.
Daily Mail melaporkan, menerusi video yang dirakam oleh salah seorang pengunjung majlis itu, jelas kelihatan lima guru dan sepuluh pelajar memegang sejumlah besar belon berwarna hijau dan putih di pesta tahunan di Allen Career Institute di Chandigarh, utara India. Di atas pentas, di tengah-tengah muzik yang kuat dan di hadapan orang ramai, sebanyak 150 biji belon yang berisi gas acetylene itu tiba-tiba meletup dan menjadi bebola api yang besar menyebabkan orang ramai bertempiaran lari ketakutan. Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital dan Kolej Perubatan Kerajaan, namun kesemuanya dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan sahaja.- CARI |
4
Bagus |
7
Marah |
4
Terkejut |
5
Sedih |
8
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
samasam90 replied at 10-10-2017 12:10 PM
scarynyaaaaa jah...
kat mesia pula ada satu belon tu tak meletop.. tapi mencederakan ratusan org ...
ADVERTISEMENT