Pengunjung yang berkunjung ke Ekspo Johor Berkemajuan 2017 yang berlangsung di Iskandar Puteri dilaporkan begitu teruja dengan kehadiran seekor Lembu Limousin di Pavilion Keusahawanan Johor dan Agro Johor. Menurut Pengerusi Generasi Transformasi Ruminan (GTR) Zon Selatan, Kamarruzaman Abdul Jalil, lembu berotot yang bernama Abang Sani itu mempunyai berat antara 916 kilogram dan boleh mencapai sehingga 1.2 tan. Memetik laporan Astro Awani, Kamarruzaman yang juga merupakan pemilik Abang Sani menjelaskan, lembu itu mudah jinak dan mempunyai kualiti sperma yang tinggi bagi tujuan permanian beradas terhadap betina daripada baka lembu lain. "Baka limousin ini adalah dari Perancis tetapi telah dikacukkan dengan lembu tempatan,"katanya.
Dilaporkan, selain baka limousin, pelbagai jenis baka lembu lain turut dipamerkan. Antaranya adalah lembu dari baka Brahman kacuk Charolais, Murray Gray, Hereford, kacukan Belgium Blue, Brahman dan pelbagai lagi. Ekspo Johor Berkemajuan 2017 tersebut bermula dari 6 hingga 14 Oktober ini dengan menyasarkan kehadiran kira-kira 500,000 pengunjung. Sebanyak tiga kluster utama akan diketengahkan pada ekspo itu, antaranya kluster kerajaan negeri, Pelan Pertumbuhan Johor (PPSJ) dan sektoral.- CARI |
13
Bagus |
6
Marah |
3
Terkejut |
3
Sedih |
6
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Themilo replied at 9-10-2017 12:36 PM
busuknya nauzubillah.. semalam iols dah pergi.. dengan parkingnya yang maha jauh.. huhuhu
ADVERTISEMENT