Baru-baru ini Mila Jirin menjadi perhatian ramai gara-gara satu gambar dirinya beraksi di dalam tab mandi tersebar. Netizen mengecam tindakannya itu kerana disifatkan tidak sesuai dengan imejnya sebagai seorang wanita muslimah.
Walau bagaimanapun penyanyi ini sudah meminta maaf kepada semua pihak yang kurang senang dengannya. "Gambar itu diambil suka-suka dengan kawan-kawan pereka fesyen Seth & Luna sewaktu sesi fotografi saya dengan sebuah akhbar minggu lalu. "Saya pun tidak muat naik gambar tu di Instagram sebabnya ia hanya untuk simpanan Seth & Luna. Saya tidak tahu mereka muat naik di laman sosial mereka dan menjadi tular," jelasnya kepada mStar Online.
Dalam gambar tersebut, Mila atau nama sebenarnya Noorsyarmilla Jirin, 30 dilihat bersandar dalam tab mandi dengan pose sensual. Busana tersebut berwarna coklat gelap dengan kain terbelah menampakkan kakinya. Sekali pandang memang nampak seksi kerana seluar yang dipakai adalah seakan-akan warna kulit. "Saya sudah pun meminta pereka fesyen Seth & Luna untuk padamkan gambar tersebut di Instagram mereka kerana ia tidak sesuai untuk tontonan khalayak. Malangnya ia sudah tular ke media sosial lain. "Saya mohon maaf kepada pihak yang tidak selesa dan marah. Saya akui gambar tersebut tidak sepatutnya diambil," tambahnya. Apa pun semoga ianya menjadi pengajaran agar lebih berhati-hati dalam bergambar kelak. -CARI
|
14
Bagus |
16
Marah |
11
Terkejut |
5
Sedih |
8
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
enchikfitz replied at 9-10-2017 10:42 AM
Kenapa laki2 zaman sekarang imannya bagai senipis kulit bawang?
Di manakah akal fikiran yang tela ...
kakiseboksebok replied at 9-10-2017 10:46 AM
Sekali tengok mmg nampak seksi. Tengok kali kedua rasa nak gelak. Huduh nawww baju and tudung Mila t ...
nursofia replied at 9-10-2017 02:54 AM
ingtkan i sorang je 'terganggu' dgn tudung dia hahahaha dah smpi tutup kening, fail lah stylist po ...
kakiseboksebok replied at 9-10-2017 10:57 AM
Meols paling tak suka kalau pakai shawl melekat camtu tp shawl tu melebihi anak tudung. Haha harap ...
ADVERTISEMENT