Makin menjadi-jadi pula penyebaran gambar dan video lucah artis yang disunting individu tak bertanggungjawab. Kali ini, Zulin Aziz pula menjadi mangsa apabila beberapa keping gambar miliknya disunting menjadi foto lucah, lapor mStar Online.
Penyampai radio Suria FM itu berkata, dia sangat terkejut dan tidak tahu tujuan sebenar individu yang disifatkan tidak waras itu melakukan perkara tersebut terhadapnya. "Saya terkejut apabila ada akaun menghantar gambar-gambar lucah dengan menampal muka saya dalam foto itu. "Saya tidak tahu siapa punya kerja kerana saya rasa tidak pernah kacau hidup orang pun. Tidak tahu pula ada yang dengki dengan saya," ujarnya kepada mStar Online.
Menurut pemilik nama sebenar Farah Azleenda Abd Aziz 28, itu individu berkenaan menggunakan akaun Twitter palsu untuk memuat naik beberapa keping gambar miliknya di laman sosial mikro terbabit dengan kapsyen lucah. "Ini kali pertama saya kena gangguan lucah ini. Pada awalnya saya tidak perasan, namun bila beberapa keping dihantar, saya sedar ia adalah gambar yang memalukan. "Dia juga turut menghantar video lucah di laman sosial yang sama," ujarnya. Selain Zulin, beberapa artis lain seperti Anding, Eyka Farhana dan Feeya Iskandar turut menjadi mangsa berkaitan imej lucah sebelum ini. Apa motif individu tak bertanggungjawab itu buat macam ini ya? - CARI
|
26
Bagus |
18
Marah |
16
Terkejut |
20
Sedih |
10
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
chazey replied at 8-10-2017 02:08 PM
Heeeelllloooo acik2 fonen2 yang pandang jijik kat Zulin tapernah tawu BBW porn mendapat sambutan han ...
ADVERTISEMENT