Ramai pengguna akan teruja jika ternampak jualan promosi terutamanya setiap kali mengunjungi pasar raya. Kebiasaannya, tanpa berfikir panjang para pembeli akan terus mengambil barangan yang diberi potongan harga kerana dianggap murah berbanding harga normal. Selain itu, tempoh promosi biasanya juga tidak lama. Persoalannya di sini, berapa ramaikah yang memeriksa resit harga barangan yang dibeli bagi memastikan barangan tersebut benar-benar diberi potongan harga? Seorang wanita dikenali sebagai Rusniza Mohammad berkongsi pengalamannya tertipu dengan harga promosi. Mungkin kisah ini dapat membuka mata semua pengguna agar lebih berhati-hati, jom baca. Malam tadi kami sekeluarga pergi membeli belah di Giant Supermarket Prima Saujana Kajang. Ada banyak barang yang diletak harga promosi antaranya Sos Cili Life dan Maggi cup. Sos Cili Life untuk 2 botol harganya rm8. 49 (harga asal rm4. 99 untuk satu botol) dan Maggi cup pula rm7. 99 (harga asal rm 9.80). Namun begitu bila kami membuat bayaran di kaunter bayaran tiada diskaun bagi kedua-dua barang ini menyebabkan kami pertikai kepada cashier dan adik cashier tersebut telah memanggil supervisornya. Kami terangkan kepada beliau apa yg berlaku dan kami tunjuk gambar harga promosi tersebut di telefon kami. Mungkin beliau ingin mengesahkan maklumat tersebut beliau telah pergi ke tempat barangan tadi dan mengambil kertas yang ditulis harga promosi dan memasukkan kod baru bagi kedua-dua barangan tadi mengikut harga yang di promosi dengan muka yang tidak puas hati dengan kami. Walau pun terbukti yang Giant ini menipu pelanggannya tetapi superwiser ini tidak pula meminta maaf atau memberi apa-apa penerangan, just datang tekan-tekan dekat mesin tu dan beliau kata "ok harga dah sama dengan harga promosi" dan dia terus pergi. Ini merupakan kali ketiga kami berhadapan dengan penipuan sebegini untuk tahun ini. Sebelum ini Giant supermarket di Prima Saujana ini melakukan perkara yang sama terhadap dua barang yang telah kami beli iaitu beras dan juga Maggie. Selepas bertekak dengan mereka baru Kami dapat harga promosi yang dipamerkan. Berbalik kepada kes ini, bayangkan sudah 2 hari mereka telah menipu orang ramai yang membeli dua barangan ini dan sudah berapa ratus ringgit mereka telah merompak duit daripada pelanggan mereka malah mungkin sudah mencecah ribuan ringgit. Itu baru daripada 2 barang ini, barang-barang promosi yang lain kami tidak tahu kerana kami tidak membelinya. Oleh itu saya nasihatkan kepada semua orang ramai jika anda membeli barangan yang dipromosi semak betul-betul bil anda dan jangan main bayar sahaja. Begitu juga kepada pihak yang berwajib rajin-rajinlah membuat pemeriksaan mengejut bagi nemastikan orang ramai tidak ditipu dan dianiaya oleh taukeh-taukeh besar yang tamak dan jahat ini. Diharapkan kisah ini bermanfaat buat semua. Pastikan setiap kali selepas membuat pembayaran di kaunter, jangan lupa periksa dahulu resit pembelian ok! - CARI |
11
Bagus |
10
Marah |
16
Terkejut |
20
Sedih |
2
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
~boolean replied at 6-10-2017 05:12 PM
selalunya untuk barang promosi aku akan ambil gambar...bila bertekak dengan cashier aku tunjukkan sa ...
~boolean replied at 6-10-2017 05:12 PM
selalunya untuk barang promosi aku akan ambil gambar...bila bertekak dengan cashier aku tunjukkan sa ...
~boolean: selalunya untuk barang promosi aku akan ambil gambar...bila bertekak dengan cashier aku tunjukkan saja gambar tu, baru cashier dan manager/supervisorn ...
~boolean replied at 6-10-2017 05:12 PM
selalunya untuk barang promosi aku akan ambil gambar...bila bertekak dengan cashier aku tunjukkan sa ...
palmolive replied at 6-10-2017 05:30 PM
staff pasaraya yg pemalas..
aku pernah kena beli minyak hitam kt Tesco Extra..
harga tunjuk konon ...
Madel replied at 6-10-2017 06:15 PM
Giant & Tesco mmg selalu mcm gini...
Pekeja buat kerja sambil lewa tak update dlm system.
Biasa mm ...
ADVERTISEMENT