CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Mengapa Mp Pakatan Tidak Diundang Lawat Klia2?’

23-8-2013 06:04 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6206| Komen: 31

Tony Pua mempersoalkan mengapa ahli parlimen Pakatan tidak diundang melawat tapak kerja KLIA2 jika Kementerian Pengangkutan yakin projek itu berjalan lancar mengikut jadua


PETALING JAYA: Ketua Publisti DAP, Tony Pua mempersoalkan mengapa ahli parlimen Pakatan Rakyat tidak dijemput melawat tapak kerja KLIA2 jika Kementerian Pengangkutan yakin projek itu berjalan lancar mengikut jadual.

“Jika Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi begitu yakin bahawa pembinaan KLIA2 berjalan lancar seperti yang dijadualkan, apa sebabnya sehingga hari ini pihak kementerian masih enggan menjemput ahli parlimen Pakatan Rakyat untuk melawat tapak kerja KLIA2,?” kata ahli parlimen Petaling Jaya Utara itu.

Selasa lalu,  Abdul Aziz berkata, beliau memberi jaminan dan yakin pembinaan KLIA2 berjalan lancar seperti dijadualkan dan berpuas hati dengan kerja dilaksanakan kontraktor.
Menurut Tony Pua, pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga telah memberikan jaminan sebelum ini bahawa lapang terbang kos rendah itu akan bermula operasi pada 2 Mei 2014 dan tidak akan ditunda lagi.


Katanya, isu kelewatan pembinaan KLIA2 yang sepatutnya siap pada September 2011, dan peningkatan kos pembinaan daripada RM1.7 bilion sehingga memcecah RM4 bilion telah dibangkitkan oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat sejak dua tahun lalu.

Menurutnya, kerajaan dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah memberi jaminan bahawa kos tidak akan meningkat dan kerja pembinaan tidak akan lewat.
Akan tetapi, kata Tony Pua akhirnya, pihak MAHB terpaksa mengakui bahawa projek ini tidak dapat disiapkan mengikut jadual dan kos telah melonjak ke RM4 bilion.

“Sejak dua tahun lalu, kami telah meminta satu sesi perjumpaan dengan pihak menteri dan lawatan ke tapak pembinaan KLIA2.  Kali terakhir permintaan ini dibuat semasa parlimen bersidang pada bulan Jun dan Abdul Aziz memberitahu  permintaan ini akan dipertimbangkan.
`Permintaan belum ditunaikan’

“Akan tetapi, sehingga hari ini, permintaan kami masih belum ditunaikan dan nampaknya pihak menteri langsung tidak berkeyakinan bahawa projek KLIA2 dapat disiapkan seperti yang dilaporkan,” kata Tony Pua dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut beliau, Abdul Aziz yang telah dilantik sebagai Ketua “KLIA2 Taskforce” berkuasa untuk melibatkan pihak kami dalam satu lawatan ke tapak pembinaan untuk menghancurkan kritikan pembangkang.

Bagaimanapun, Tony Pua mendakwa,  kementerian langsung tidak bersifat telus dan tidak berani berbuat begitu kerana adanya udang disebalik batu yang tidak dilaporkan kepada media mengenai projek ini.

“Kita dapat perhati bahawa sikap MAHB dan kementerian selama ini adalah untuk menuding jari kepada pihak lain tanpa mengakui bahawa keputusan-keputusan MAHB untuk memindahkan tapak KLIA2 dan juga ketidakcekapan pengurusan projek telah menyebabkan penundaan projek berkali-kali,” tambah beliau lagi.

Menurut Tony Pua, pihak berkenaan telah menafikan tuduhan daripada MAHB dan rakyat masih kabur dan tidak mendapat kebenaran dalam skandal yang telah memakan perbelanjaan sebanyak RM4 billion ini.

Akibat peningkatan kos, katanya MAHB sekarang telah dilaporkan terpaksa meminjam lagi sebanyak RM1 bilion melalui penawaran sukuk dengan kos yang lebih tinggi.

Sikap kerahsiaan  MAHB dan kementerian menunjukkan bahawa segala jaminan yang diberi oleh kedua-dua pihak adalah jaminan kosong dan ada isu-isu besar yang ingin dikuburkan supaya rakyat tidak akan mengetahui kebenaran atau pihak yang bersalah tidak akan dikenakan sebarang hukuman., katanya


Bagus

Marah

Terkejut
5

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dualchicks 23-8-2013 07:44 AM
Kerana kami mahu pastikan kelentong rakyat berjalan lancar mengenai KLIA2
Quote Al-Patih 23-8-2013 07:48 AM
dualchicks posted on 23-8-2013 07:44 AM
Kerana kami mahu pastikan kelentong rakyat berjalan lancar mengenai KLIA2

jawapan yang paling tepat ...dan releven...
Quote gaara_X 23-8-2013 07:53 AM
nak kuar statement untuk senang dimodified......hehehheee
Quote Al-Patih 23-8-2013 07:56 AM
gaara_X posted on 23-8-2013 07:53 AM
nak kuar statement untuk senang dimodified......hehehheee

bolih Beb ..tapi jangan terikut macang Otosan ...
Quote d'zeck 23-8-2013 08:03 AM
pasat lu olang sumua pun kaki kincing
punya olang

talk cock oni

apa pun tak moley miya

puii
Quote Al-Patih 23-8-2013 08:06 AM
bunyi macam frust aje ...Beb... Last edited by Al-Patih on 23-8-2013 08:14 AM

Quote Simunggu 23-8-2013 08:17 AM
ingatkan PM pakatan tadi rupa nya MP pakatan....hehehe
Quote d'zeck 23-8-2013 09:20 AM
ceh

manyiak puaka punya olang

mo lantik sindili miya CEC DAP pun,
sula kecio2 sana sini

sana tatak butut,
sini tipu2

lagi mo handle malaysia miya
pilihanraya ka?

kasi kincing sama cina saja
lu olang taw laa

puii
Quote kecimpret 23-8-2013 09:27 AM
dualchicks posted on 23-8-2013 07:44 AM
Kerana kami mahu pastikan kelentong rakyat berjalan lancar mengenai KLIA2

kantoi plak nape deadline smp tangguh berkali2...letih nak memikior jawapan nak kasi kat rakyat
Quote mikasa 23-8-2013 09:34 AM
tangguh tu sebab masalah diluar jangka...macam jerubu/hujan/panas terik,  jadi terus kerja tak leh nak diteruskan
Quote brownstone 23-8-2013 09:35 AM
Dulu2 heboh pasal contractor kena byr denda....la ni senyap jew... Da byr kew??   
Quote d'zeck 23-8-2013 09:57 AM
Simunggu posted on 23-8-2013 08:17 AM
ingatkan PM pakatan tadi rupa nya MP pakatan....hehehe

apa nak heran dengan toni puaka ni..
dulu dia cuba kecoh pasal kapal
lcs TLDM

bila dah dikantoikan
dan dibuktikan betapa bangangnya
arguement dan level pengetahuan am dia,
terus buat2 bodoh macam tak salah

sekarang rasa terpinggir
pasal tak dipelawa berjalan2
dan sebab dia dah takde apa kerja nak buat

dah lu tu orang bodoh,
sape yang nak ajak
kan



Quote sashin 23-8-2013 10:18 AM
kena jemput pakai kad jemputan n red carpet ker? bukan kau dok sibuk mempertahan hak china doll ker?
Quote Al-Patih 23-8-2013 10:35 AM
sashin posted on 23-8-2013 10:18 AM
kena jemput pakai kad jemputan n red carpet ker? bukan kau dok sibuk mempertahan hak china doll ker?

lah ...mengalu2 ...penyudut duit rakyat ...nampak....
Quote freebird 23-8-2013 10:44 AM
Rombongan makcik pakcik felda pprt kampungan low class bangsat golongan minoriti akat datang pada tahun 2017....
Quote PerKasa 23-8-2013 10:45 AM
Tony Pui  ni asik nak bantai melayu je

asalkan melayu yg ada kaitan dia akan bantai




Quote Al-Patih 23-8-2013 10:50 AM
PerKasa posted on 23-8-2013 10:45 AM
Tony Pui  ni asik nak bantai melayu je

asalkan melayu yg ada kaitan dia akan bantai

mosti ado sobab menyebab...kalau tak ado ...memang gilo Tony ni ...
Quote Al-Patih 23-8-2013 10:53 AM
Simunggu posted on 23-8-2013 08:17 AM
ingatkan PM pakatan tadi rupa nya MP pakatan....hehehe

nasib tak menggigau ...
Quote PerKasa 23-8-2013 10:54 AM
d'zeck posted on 23-8-2013 09:57 AM
apa nak heran dengan toni puaka ni..
dulu dia cuba kecoh pasal kapal
lcs TLDM

setuju

kesian dia takde kerja rupanya

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.107879 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top