Wah, siapa sangka wujudnya sebuah taman nan indah di dalam sebuah lubang benam semula jadi ini! Gunung Gambier di daerah tenggara Australia Selatan kaya dengan ciri gunung berapi dan karst seperti kawah gunung berapi, tasik, gua batu kapur, gua yang penuh air serta kejadian lubang benam. Salah sebuah lubang benam berhampiran Jubilee Highway East ini dahulunya merupakan gua batu kapur yang mengalami penghakisan kerana air laut, lalu runtuh perlahan-lahan menjadi sebuah lubang besar. Kini, lubang benam itu berubah menjadi sebuah taman yang sangat indah. Taman yang dikenali sebagai The Sunken Garden di lubang benam Umpherston berkenaan dibina James Umpherston sekitar tahun 1880 sebaik sahaja selepas dia membeli kawasan itu dua puluh tahun sebelumnya. Selepas pencen, Umpherston teringin membangunkan sebuah tempat di mana penduduk tempatan di Mount Gambier boleh bersantai di bawah sinaran mentari musim panas. Bermula dengan menyiapkan jalan di sela-sela batu-batuan sehinggalah menanam pelbagai jenis tanaman. Kini, lubang benam itu dilengkapi danau kecil yang membolehkan pengunjung bersantai menaiki perahu. Selepas siap dibangunkan, taman itu menjadi sangat popular di kalangan penduduk Mount Gambier. Namun, selepas kematian Umpherston pada tahun 1900, taman itu menjadi tidak terurus. Sehingga 40 tahun lalu, barulah taman berkenaan diselamatkan daripada menjadi tempat pembuangan sampah dan kembali berseri seperti The Sunken Garden asal. Taman itu berjaya diselamatkan oleh beberapa pegawai dari Jabatan Perhutanan dan Perhilitan Australia Selatan pada 1976 di mana mereka mula membersihkan sampah dan rumput serta menanam pelbagai jenis tanaman lain seperti hydrangea dan spesies botani lain. The Sunken Garden dinobatkan sebagai tapak warisan Australia Selatan pada tahun 1995. - CARI
|
15
Bagus |
11
Marah |
5
Terkejut |
18
Sedih |
7
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT