Usahawan terkenal, Datuk Dr Maznah Hamid meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 6.00 petang, semalam. Bernama melaporkan, Allahyarham yang juga Exco Wanita UMNO menjalani pembedahan jantung selepas dua saluran pada injap jantungnya tersumbat. Beliau dimasukkan ke IJN untuk menjalani rawatan sejak 18 September lepas. Menurut anggota keluarganya, Allahyarham meninggal dunia setelah mengalami komplikasi susulan pembedahan jantung pada 28 September lalu. Suaminya Datuk Seri Shaheen Mirza Habib dan keluarga berada di sisi ketika Cik Maznah meninggal dunia. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut sempat menziarahi Allahyarham yang merupakan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd yang juga dikenali sebagai ‘Iron Lady, sebelum beliau meninggal dunia.
Solat jenazah akan diadakan selepas solat Asar di Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak, Ampang hari ini. Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Raudhatul Sakinah, (Karak 2), Taman Selasih.- CARI |
4
Bagus |
3
Marah |
4
Terkejut |
6
Sedih |
5
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT