Anda pernah dengar aplikasi 'AyoPoligami' tak? Kalau tak tahu, ia adalah sebuah aplikasi mencari jodoh dilancarkan di Indonesia pada April lalu.
Memetik portal Independent, pengasas aplikasi berkenaan iaitu Lindu Cipta Pranayama berkata, AyoPoligami dibangunkan bagi tujuan menemukan lelaki dengan wanita yang rela berpoligami. Kaedahnya agak sama dengan aplikasi mencari jodoh Tinder di mana pengguna boleh melihat profil pengguna yang lain sebelum berhubung atau berjumpa. Aplikasi ini menawarkan ciri di mana pengguna boleh mencari calon isteri kedua, ketiga atau keempat dengan menyertakan kad pengenalan diri selain mendedahkan status perkahwinan berserta surat keizinan isteri untuk berpoligami.
Bagaimanapun, menurut pakar undang-undang Indonesia, ramai lelaki cuba mengelak proses berkenaan. Selepas lebih 10 ribu kali dimuat turun, aplikasi itu kini menyekat pendaftaran ahli baru kerana berlaku banyak pendaftaran akaun palsu. Malah, ramai lelaki menggunakan aplikasi terbabit tanpa pengetahuan isteri mereka. AyoPoligami mendapat kritikan daripada golongan wanita dan tak kurang juga yang menentang kewujudan aplikasi itu. Aplikasi sebegini sepatutnya memudahkan pengguna mencari jodoh memandangkan generasi kini lebih selesa hidup di alam maya berbanding bersosial cara sihat. Bagaimanapun, kebaikan sesuatu kemudahan itu juga bergantung pada cara mana seseorang individu itu memanfaatkannya. Tak begitu? - CARI
|
19
Bagus |
27
Marah |
26
Terkejut |
26
Sedih |
13
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT