CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Drebar Treler Tak Mengaku Sebabkan Kematian 4 Sekeluarga

2-10-2017 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4349| Komen: 28

Seorang pemandu treler mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan empat sekeluarga maut di Kilometer 52, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, lapor Harian Metro.


Tertuduh, Ismail Mohammad Zain, 31, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Gua Musang, semalam, dan pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Rosly Mohamed Nawi.


Foto: Harian Metro

Tertuduh didakwa memandu treler Hino dengan secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian pemandu dan penumpang kereta Proton Wira di Kilometer 52, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, pada 29 September lalu.

Mangsa adalah Zainuddin Anuar, 30, isterinya Raizuamira Daud, 31, serta dua anak mereka iaitu Nur Annisa Sofea, 2, dan Zayyan Nazreel, 13 hari.


Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 November depan untuk sebutan semula kes.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda maksimum RM20,000 jika sabit kesalahan. - CARI
1

Bagus
5

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • amukgemuk

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote saladin780 2-10-2017 11:12 AM
tak mengaku plak babi lahanat sialan nih ..pesal la ko x mampus
Quote mejaputih 2-10-2017 11:14 AM
senyum sengih rasa x bersalah langsung
Quote mysara 2-10-2017 11:23 AM
sama level dgn budak yg bako pusat tahfiz itu hari
Quote vanillaninja 2-10-2017 11:28 AM
Boleh pulak tersengih2.
Quote pearl.silver 2-10-2017 11:28 AM
Xngaku salah?
Tak rasa apa2 ke org tu 1 family meninggal
Quote qistiena 2-10-2017 11:30 AM
boleh tersenyum lagi..
Quote -electrifying- 2-10-2017 11:36 AM
ptot disula je klau btol dia penyebab nya
Quote tripleid 2-10-2017 11:43 AM
mestila kena senyun uol sbb muka  dpt masuk paper kan.

mohon merepot dlm jel seumur hidup jgn bg kluar
Quote @pplegreen 2-10-2017 11:46 AM
reaksi muka tu gembiranyer lahai dia
Quote afie_m 2-10-2017 11:47 AM
dia x rasa apa ke dah melibatkan kematian...boleh sengeh2 lagi...
Quote aleesyasofia 2-10-2017 12:01 PM
dah knape snyum sngih tue.. hmpuk kang bru tau..
Quote cupu 2-10-2017 12:04 PM
mysara replied at 2-10-2017 11:23 AM
sama level dgn budak yg bako pusat tahfiz itu hari

Budak bakar pusat tahfiz tu semua anak indon..mak bapak dh dpt pr..aku bc kat mana ntah.jd.........xheran la ht kering
Quote cikmanggabatu 2-10-2017 01:54 PM


eh hanatnya muka boleh senyum lg.
Quote cikmanggabatu 2-10-2017 01:55 PM


eh hanatnya muka boleh senyum lg.
Quote sam_survivor 2-10-2017 01:55 PM
Macam helok je
Quote AbukRokok 2-10-2017 02:27 PM
klu aku masuk paper pun aku senyum sengih sengih
Quote tembikai 2-10-2017 02:31 PM
blh pulak dok tersenyum sengih lagi yer....tak rasa bersalah ke ?
Quote paz 2-10-2017 02:45 PM
Tak terkesan langsung pada dia yer.
Quote ice_sky92 2-10-2017 02:47 PM
cupu replied at 2-10-2017 12:04 PM
Budak bakar pusat tahfiz tu semua anak indon..mak bapak dh dpt pr..aku bc kat mana ntah.jd........ ...

Seriously?

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.047863 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top