Bermula pada 25 September lalu, dilaporkan wujud bau yang tidak menyenangkan yang menyelubungi beberapa kawasan di Singapura sehinggakan sebahagian penduduk negara terbabit mengalami rasa tidak selesa dan muntah. Baru-baru ini, Jabatan Alam Sekitar Singapura mengesahkan bau meloyakan tersebut adalah berpunca daripada sebuah kilang perindustrian yang berlokasi di Pasir Gudang, Johor. Memetik laporan ZaoBao, hasil menerima aduan orang ramai, Jabatan Alam Sekitar Singapura menghantar pengawai ke beberapa kawasan yang berlainan untuk menjalankan ujian kualiti udara termasuk kilang di kawasan yang tercemar dan kawasan yang berkemungkinan mengalami kebocoran gas dan bahan kimia. Berikutan tidak dapat mengesan punca berlaku bau meloyakan di kawasan Singapura, pihak berkuasa Singapura pun bertindak menghubungi Jabatan Alam Sekitar Malaysia untuk mengenal pasti punca bau itu.
Setelah menjalankan siasatan, jabatan alam sekitar Malaysia akhirnya mendapati rupanya bau tidak menyenangkan itu adalah berpunca daripada sebuah kilang kimia yang berlokasi di Pasir Gudang. Menurut Pengarah Jabatan Alam Sekitar Johor, Mohamad Nizam, kilang tersebut telah diberikan notis menghentikan operasi sehingga segala langkah-langkah penambahbaikan dan penyelenggaraan diambil sepenuhnya, barulah kilang tersebut dibenarkan beroperasi semula. Setakat ini, Jabatan Alam Sekitar Siingapura masih meneruskan pemantauan tentang kualiti udara demi kesihatan penduduk negaranya.- CARI |
Andyscenes replied at 1-10-2017 12:35 PM
Pasir gudang ngn singapore jauh kot
mawar_pink replied at 1-10-2017 01:08 PM
org yg dok pasir gudang xbau plak?singapore plak yg bau...ermmm jela
Menurut Pengarah Jabatan Alam Sekitar Johor, Mohamad Nizam, kilang tersebut telah diberikan notis menghentikan operasi sehingga segala langkah-langkah penambahbaikan dan penyelenggaraan diambil sepenuhnya, barulah kilang tersebut dibenarkan beroperasi semula.
Decaffeinated replied at 1-10-2017 01:58 PM
Sangat dekat tapi macam bukan penempatan sangat on Singapore's side.
Mungkin faktor tiupan angi ...
ADVERTISEMENT