Sejak Selasa lalu memberi tindakbalas yang positif, pengacara terkenal, Datuk Mahadzir Lokman kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan telah dipindahkan ke wad biasa Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Petaling Jaya mulai semalam. Berita Harian melaporkan, ikon penyiaran yang berusia 60 tahun itu dijangka akan berada di bawah pemantauan kumpulan perubatan PPUM selama seminggu sebelum dibenarkan untuk pulang. Dalam satu mesej WhatsApp kepada pihak media dari adiknya, Danial hari ini Mahadzir dilaporkan sudah semakin ceria dan telah mula berkomunikasi dengan pelawat yang datang ke hospital. Menurut Danial, keluarganya berterima kasih kepada warga PPUM dan kumpulan perubatan yang diketuai Perunding Kanan, Profesor Syahnaz Hasan atas bantuan menjaga Mahadzir sepanjang beliau berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), PPUM sejak Ahad lalu.
"Alhamdulillah, abang sudah boleh bernafas tanpa menggunakan bantuan alat pernafasan sejak semalam. Dia dapat memberi reaksi untuk berkomunikasi, namun masih lemah." "Beliau juga boleh melakukan fisio ringan seperti dinasihatkan doktor. Terima kasih kepada jururawat dan doktor yang banyak membantu sepanjang abang saya mendapat rawatan di sini." Mahadzir yang lebih mesra dengan panggilan Dale dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) PPUM Ahad lalu,selepas dijumpai tidak sedarkan diri di kediamannya di Petaling Jaya selepas pulang dari Jakarta atas urusan kerja minggu lalu.- CARI |
59
Bagus |
11
Marah |
23
Terkejut |
19
Sedih |
12
Lawak |
29
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT