Memetik laporan Reuters, Hugh Hefner yang berumur 91 tahun mula menerbitkan majalah "Playboy" pada tahun 1953 dengan hanya bermodalkan USD$600 atau bersamaan kira-kira RM2500. Kini majalah terbitannya telah menjadi sebuah empayar hiburan yang bernilai jutaan dollar Amerika. Di samping itu, pada tahun 1970 jenama "Playboy" berjaya mencapai prestasi yang boleh dianggap kemuncak kerana bukan sahaja menerbitkan rancangan tv, festival lagu jazz, malah berjaya membuka banyak kelab hiburan "Playboy" yang mencipta satu fenomena yang trendy pada ketika itu dengan memperagakan pelayannya seperti seekor arnab.
"Playboy" bukan sahaja merupakan majalah orang dewasa yang paling laris jualannya, malah pengasasnya juga menjadi jutawan dan individu yang sentiasa dikelilingi ramai wanita. Terdapat khabar angin yang mengatakan Hugh Hefner telah berasmara dengan ratusan gadis muda dan berkahwin dengan pelbagai gadis muda yang digelar "wanita arnab". Baru-baru ini, dia juga pernah mengakui bercinta dengan gadis muda ketika menjadi tetamu jemputan di rancangan TV. Sebelum ini, ketika sesi temubual bersama CNN, Hugh Hefner pernah berkata, dia amat berharap masyarakat di dunia ini dapat melihat dirinya sebagai seorang yang berusaha gigih untuk mengubah dunia ini kerana dia adalah seorang yang berani untuk merealisasikan impiannya.- CARI
|
2
Bagus |
7
Marah |
3
Terkejut |
1
Sedih |
5
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
chazey replied at 28-9-2017 12:50 PM
Pasal unker Hugh ni laju je ko Ipan.
pyropura replied at 28-9-2017 12:47 PM
..he died deliciously
cmf_BeachBoys replied at 28-9-2017 01:32 PM
Berapa banyak dosa yang dia pikul agaknya?
LaksamanaBentan replied at 28-9-2017 01:34 PM
Berapa ramai model playboy dia da bagi lobos?
dizzzek replied at 28-9-2017 01:38 PM
yea
dia la lelaki terbahagia di dunia
MatDeghem replied at 28-9-2017 01:45 PM
tak payah susah2 ikat bom kat dada bunuh diri untok nikmati 7 bidadari.
ADVERTISEMENT