Ada sesetengah orang sanggup melakukan apa sahaja untuk kelihatan cantik, muda dan menawan. Meskipun ia dikatakan mampu memudaratkan diri, mereka seakan tidak peduli.
Apatah lagi jika ia adalah hanya kekangan dari segi kos. Mereka sanggup melakukan apa sahaja. Seperti seorang aktres dari Jerman ini, Manoush, 45 sanggup mengambil risiko dengan melakukan suntikan bakteria ke dalam badannya. Memetik Daily Mail, bakteri dipanggil Bacillus F itu berusia 3.5 juta tahun dan dijumpai di Siberia. Wanita ini sudah melakukannya sejak tiga bulan lalu dan berkata ia menjadikan tubuhnya kelihatan dan berasa lebih muda. Bakteria tersebut yang ditemui saintis pada tahun 2009 dikatakan tidak mempunyai kesan penuaan dan dipercayai merupakan jawapan kepada kesihatan manusia serta umur yang panjang.
Sampel yang mengandungi ekstrak bakteria itu diberikan kepada Manoush oleh Dr Anatoli Brouchkov dari Mascow State University. "Kulit saya menjadi selembut bayi. "Anda tidak akan dapat melihatnya menerusi gambar namun jika dilihat secara berdepan, anda dapat melihat bagaimana kulit saya tiada cela dan juga parut," ujarnya. Manoush sememangnya terkenal dengan melakukan pembedahan plastik sejak 20 tahun yang lalu. Sebagai aktres, dia pernah muncul dalam filem seram seperti Cannibal dan Seed 2. - CARI |
12
Bagus |
11
Marah |
9
Terkejut |
6
Sedih |
7
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT