Ni korang masih ingat dengan Kak Azizah? Cerita beliau bersama Maggi Cup yang pernah viral beberapa bulan lepas. Kisah yang menyayat hati masyarakat umum.
Semasa kisah beliau viral, ramai pihak tampil ingin menghulurkan bantuan dan pekerjaan. Tak kurang juga ada yang mengambil kesempatan dari kisah Kak Azizah..Itu urusan individu terbabit dengan Tuhanlah. Kuasa viral dari kisah Kak Azizah dan Maggi Cupnya..Juga... Atas kepercayaan kepada rakan NGI/NGO Kak Azizah telah ditawarkan bekerja di salah sebuah pasaraya di Damansara. Jika dulu beliau bekerja di bawah panas TERIK dan BERHUJAN bagai, bekerja dengan gaji yang sangat tak masuk akal. Bayaran gaji mengikut kehadiran, jika tak datang kerja, tiadalah duit untuk hari itu (PATI pun gaji besar tau!)
Tadi abanG ada ke pasaraya di mana tempat Kak Azizah bekerja tapi dia dah balik. Info yang abanG dapat dari rakan sekerjanya, sejak dari hari pertama beliau bekerja sehingga kini, masih kekal bekerja.😊 Rakan-rakan beliau di pasaraya tu cakap Kak Azizah sering cerita tentang abanG yang belanja dia Maggi Cup dan dapatkan dia kerja di sini, Alhamdulillah. Kita hanya menjalankan apa yang telah ditentukan oleh Tuhan, sebaik-baik perancangan datangnya dari Allah. Jika dulu Tuhan tidak temukan abanG berjumpa Kak Azizah, mungkin kini beliau masih lagi dengan kerja lamanya, masih lagi tak mampu beli Maggi cup, masih lagi runsing memikirkan gaji setiap bulan. Namun, sekarang jangan kata secawan Maggi cup, Sekarton pun Kak Azizah boleh beli (kongsikan bersama mereka yang susah). Gaji yang diperoleh cukup memuaskan dengan tahap umur beliau sekarang. Ada potongan EPF ada SOCSO, ada panel klinik, ada cuti bulanan. Jangan cemburu dengan perubahan kehidupan beliau (Kak Azizah) sekarang, lakukan lebih baik dari ini. Kepada orang awam yang banyak membantu/memberi idea/menyokong/menghukum/menghina/memuji apa yang abanG lakukan kepada Kak Azizah..Terima kasih hanya tuhan dapat membalasnya segala perbuatan baik/buruk kalian. AbanG tetap macam ini teruskan perjuangan di dalam dunia kebajikan.. Salam hormat.
|
27
Bagus |
11
Marah |
11
Terkejut |
21
Sedih |
12
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT