Seringkali masyarakat merungut dengan kualiti filem tempatan dan tak kurang juga dengan faktor ekonomi, harga tiket makin melambung tinggi. Bukan mereka tidak mahu menyokong industri perfileman tempatan sebaliknya faktor harga tiket mahal menjadi salah satu sebab ramai memilih untuk menonton secara online sahaja.
Jika masyarakat yang selalu memberikan pendapat mereka tersendiri, kali ini pelakon Beto Kusyairy pula yang peka dengan perkara itu cuba menyelami hati para penonton, dari sudut pengkarya seni. Menerusi akaun twitter, Beto meluahkan rasa simpati dengan segelintir masyarakat yang menyokong filem tempatan namun kurang berkemampuan untuk membeli tiket wayang.
"Tiket wayang sampai RM21?? Uishh mahalnya...kalau dua orang dah berapa. "Masuk snacks + air, bayar parking lagi... Paling tidak 60-70 hengget.." Begitulah yang dinyatakan oleh pelakon ini. Ternyata ia dipersetujui oleh netizen. "Tu lah tengok online je.." "Belum masuk yang pergi dengan famili..dah kena darab berapa.." Beto turut membalas komen tersebut dan menyatakan dia faham dengan situasi tersebut. Dia juga tidak menyalahkan mereka 100 peratus yang memilih untuk menonton secara online sahaja. Apa pula pendapat anda? Masih sanggup mengeluarkan duit untuk menonton filem tempatan? - CARI
|
14
Bagus |
23
Marah |
19
Terkejut |
14
Sedih |
9
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT