Tak dinafikan ramai pihak yang berasa kesal dan juga mengecam perbuatan khianat yang dilakukan oleh suspek yang membakar pusat tahfiz baru-baru ini.
Mereka bagai tidak sabar melihat kesemua suspek dijatuhi hukuman dan juga ditempatkan di Sekolah Henry Gurney, iaitu buat pesalah yang di bawah umur. Dalam pada itu, baru-baru ini tular di media sosial tentang sepucuk surat yang dipercayai daripada seorang penghuni sekolah terbabit. Katanya, surat tersebut dihantar buat ibunya di Baling, Kedah namun telah dihantar ke alamat yang salah. Seorang netizen telah memuat naik surat tersebut dan katanya meskipun berasa marah dengan kesalahan berat yang dilakukan anak ini, namun tetap surat tersebut menyentuh hatinya.
"Walau ramai mengherdik, kecam dan memaki, aku juga x lepas memaki selepas tahu tentang khianat yg depa lakukan.. Tapi tersentuh juga bila baca surat salah seorang penghuni Henry Gurney yg tersalah post surat kealamat rumah orang lain ni.. "Ya, depa ni budak2 yg pernah melakukan kesalahan berat .. berlinang juga mata jantan aku bila baca warkah ni.. kita belum diuji dgn anak senakal/jahat mereka.. syukur lah .." tulisnya. Berikut pula antara isi kandungan surat tersebut yang boleh mencuit banyak hati: Assalamualaikum, kepada keluarga yang dirindui selalu, adik harap semuanya baik-baik sahaja hendaknya. Amin.. Mak dah makan ke belum? Adik baru selesai makan. Mak hari ini nak masak apa? Adik di sini rindu sangat pada masakan mak. Bilalah adik nak balik ni, umm.. tak sabarnya nak balik jumpa keluarga di rumah. Iman macam mana sekarang? Adik rindu sangat pada Iman. Iman tahun depan dah nak masuk sekolah, adik harap dia dapat belajar tinggi-tinggi. Boleh jadi doktor, kan mak? Amin. Mak, adik-adik macam mana? Adik rindu sangat pada mereka. Mereka rindu tak pada adik? Adik Zul macam mana sekarang? Tentu dia semakin nakal kan mak? Mak, kenapa adik hari-hari hantar surat, mak tak pernah balas pun? Mak ada masalah ke? Kalau mak ada masalah, ceritalah pada adik di sini.. Mak, adik rindu sangat pada mak. Adik nak sangat peluk mak tetapi jauh, nak buat macam mana. Adik terpaksa terima sebab ini semua salah adik. Ramai di kalangan netizen lain turut berasa sayu dengan surat tersebut, malah mengakui pernah mengenali keluarganya. Ada juga yang mempertikaikan mengapa surat terbabit dibuka oleh orang lain? Kesimpulannya, buat ibu bapa di luar sana, pantaulah anak-anak agar mereka dapat dibentuk menjadi seorang yang berguna suatu hari nanti. - CARI
|
15
Bagus |
9
Marah |
15
Terkejut |
4
Sedih |
12
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT