CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penunggang Maut, Motosikal Terbakar

24-9-2017 02:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5683| Komen: 21

Nahas jalan raya membabitkan tiga kenderaan di persimpangan lampu isyarat Limbongan Permai, Melaka, malam tadi, menyebabkan seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbalik sebelum terbakar.


Memetik BH Online, kejadian jam 10 malam itu dipercayai berpunca daripada sebuah kereta Toyota Vios yang membuat pusingan U menyebabkan Muhamad Shaiful Azman, 20, meninggal di tempat kejadian.



Difahamkan, mangsa yang juga seorang pekerja selenggara pendingin menunggang Yamaha RXZ dalam perjalanan dari arah Limbongan menghala ke bandar Melaka. 

Manakala, seorang lagi penunggang Yamaha 125z berusia 21 tahun, juga dari arah sama turut kemalangan.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, motosikal Muhamad Shaiful terbakar selepas terbalik.


Foto: BH Online

"Mangsa dipercayai meninggal dunia akibat kecederaan teruk di kepala. Seorang lagi penunggang meninggalkan lokasi kejadian selepas nahas itu dan belum membuat laporan," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - CARI
11

Bagus
19

Marah
11

Terkejut
15

Sedih
12

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (85 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nobito 24-9-2017 01:20 PM
Yang bawak Toyota Vios tu mesti Cina.

Bawa membabi buta sebab kuat makan babi
Quote AbukRokok 24-9-2017 01:28 PM
set set rempit la ni...malam minggu berlajak ke Pantai Puteri cari cikki
Quote shernazz 24-9-2017 01:42 PM
kasihan pula
bawa rxz xkan nak slow mcm bawa basikal roda tiga kan
vios tu main uturn je ke...
Quote MyNameIsIris 24-9-2017 03:37 PM
Kalau remoit mesti bergerak ramai2.. tengok cara pemakaian bukan rempit sangat. Maybe otw balik ke atau gi mana2 sebab tujuan...
Kesian dia.. alfatihah {:cryrun
Quote jerukkedondong 24-9-2017 03:49 PM
Allahu...kesiannya..
Bukan salah dia pun...
Entah2 baru balik kerja..perut lapar..teringat lauk mak masak kt rumah...
Al fatihah..
Kekadang seriau tgk bdk2 muda ride motor ramai2...
Jiwa tgh muda memang seronok lah ye ride sana sini berkumpulan...
Mana yg bertujuan baik tu mohon Allah bg keselamatan pergi balik...
Mana yg merempit tak tentu hala tu dah2 la adik2 oi...
Allah bg nyawa sekali je...
Quote moonbug 24-9-2017 06:21 PM
Semoga dosa2 arwah diampunkan dan rohnya dirahmati. Yg sorang lg tu awat blah terus dari situ? Selalu org accident ni ramai2 pakat tunggu nak tgk, even yg tak terlibat. Ni dia terlibat sama tp terus cabut, dah kurang sorang saksi
Quote insulin 24-9-2017 06:35 PM
Takziah kepada keluarga mangsa.
Quote helicornia 25-9-2017 11:51 AM
hmm siannye..tk pasal jd mangsa.yg bawa moto harap2 peka dgn keadaan sekeliling n kenderaan lain takut tetiba ada yg brek ke membelok ke..
Quote palmolive 25-9-2017 11:59 AM
asal naik motor mesti org igt mat rempit..lagi pulak budak muda
sempit betul pemikiran
Quote qistiena 25-9-2017 12:18 PM
Takziah buat keluarga mangsa...
Quote -electrifying- 25-9-2017 03:10 PM
sbb tu aku klau bwk motor, nk dekat dgn traffic light mesti aku akan slow, takot ade "anjeng2" main masuk je...
Quote batmana 25-9-2017 04:03 PM
kt bndar, kt kg pn sama
suke benor main belok x bagi signal
Quote vanillaninja 25-9-2017 04:09 PM
Driver Vios tu buat sudden U-turn ke? Takziah pada keluarga mangsa.
Quote meya 25-9-2017 06:00 PM
Kalau motor aje korang kecam kata merempit.  Mentang-mentang arwah ni muda.  Kalau yang tua 50 ke atas, korang nak kecam apa?
Quote EvieWanKenobi 25-9-2017 06:23 PM
Innalillah.. ntah2 buat illegal u-turn..
Quote Marsyal Yau 25-9-2017 11:22 PM
kita tunggu siasatan polis
Quote cap_ayam 25-9-2017 11:40 PM
Salam takziah buat keluarga arwah..
Quote Mejami 27-9-2017 09:14 PM
meya replied at 25-9-2017 06:00 PM
Kalau motor aje korang kecam kata merempit.  Mentang-mentang arwah ni muda.  Kalau yang tua 50 ke at ...

Tulapasal...asal bawak motor dikata mat rempit ...iols pun pigi kije sejak minyak naik  dh jadi matrempit
Quote kivio 27-9-2017 09:53 PM
shernazz: kasihan pulabawa rxz xkan nak slow mcm bawa basikal roda tiga kanvios tu main uturn je ke...


Bawak slow pon sampai jugak.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.135895 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top