CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Empat Pendaki Diugut Rogol Dan Bunuh Sebelum Disamun

24-9-2017 11:44 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8705| Komen: 76

“Polis menasihatkan pendaki terutama di kalangan wanita agar berhati-hati dan 
sebaiknya ditemani kenalan lelaki serta naik secara berkumpulan.”


Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata sedemikian berikutan kes empat pendaki wanita disamun dua lelaki di puncak Bukit Keluang, Besut, petang Jumaat.



Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang di mana seorang suri rumah berusia 55 tahun dari Pasir Mas, Kelantan bersama anak perempuannya berusia 31 tahun dan dua rakan perempuan anaknya berusia 24 dan 39 tahun disamun lelaki bersenjatakan pisau dan kayu, lapor Sinar Harian.

Zamri berkata, mangsa mendaki melalui jalan belakang Bukit Keluang. Sebaik tiba di puncak bukit, tiba-tiba muncul dua lelaki yang menutup muka dengan kain, memakai seluar pendek tiga suku dan baju tanpa lengan mengacukan pisau serta kayu kepada mangsa.


Foto: Internet

“Suspek telah mengugut akan merogol dan membunuh jika mangsa tidak menyerahkan barang berharga milik mangsa.

“Kerana ketakutan mangsa telah menyerahkan tiga utas rantai tangan emas, seutas rantai leher emas, sebentuk cincin berlian emas, wang tunai RM200 dan tiga unit telefon bimbit,” kata Zamri.

Suspek melarikan diri turun dari puncak Bukit Keluang ke arah pantai Bukit Keluang sejurus merampas barangan mangsa.

Mangsa bagaimanapun bernasib baik tidak mengalami sebarang kecederaan, lalu membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja untuk tindakan lanjut.

“Polis memandang serius kejadian itu kerana ia berlaku di tempat rekreasi yang sering menjadi tumpuan orang ramai khususnya pada hujung minggu dan musim cuti,” katanya.

Selain melakukan rondaan dan pemantauan di kawasan terbabit bagi memastikan kejadian sama tidak berulang, polis juga berusaha menjejak suspek. - CARI

14

Bagus
14

Marah
14

Terkejut
11

Sedih
12

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 24-9-2017 12:31 AM
makin bahaya dah skang ni... ntah camne la nak beriadah beraktiviti lagi dah pasni...
Quote Decaffeinated 24-9-2017 12:45 AM
seorang suri rumah berusia 55 tahun dari Pasir Mas, Kelantan


apa acik ni makan.... biasa di usia begini dah kepams tak hengat....

Quote chazey 24-9-2017 03:27 AM
Decaffeinated replied at 24-9-2017 12:45 AM
apa acik ni makan.... biasa di usia begini dah kepams tak hengat....

Mak aiol di usia 58 masih cargas main badminton siap boleh kalahkan yang jauh lebih junior dari sheol.
Quote Marsyal Yau 24-9-2017 03:29 AM
sudah tiba masanya kita membawa senjata tiap kali keluar dari rumah kerna jenayah rogol, ragut dan rompak semakin berleluasa.
Quote FanTasyCreaTioN 24-9-2017 03:53 AM
berapa jer la dapat menyamun orang tengah beriadah

tapi kol 2.30pm .. tak panas ke mndaki

Quote Aera 24-9-2017 04:01 AM
Baru berniat nak naik bukit.ku kuburkan lah hasrat ku ini.
Quote wana89 24-9-2017 07:37 AM
Nak panjat gunung pun macam seram dah..
Quote sukacactus 24-9-2017 07:45 AM
Pandai penjenayah tu
Kat ats bukit tu bkn ada orang...nak minta tolong kat sapa
Quote MatDeghem 24-9-2017 07:50 AM
Ada kah penyamun itu orang bunian? penduduk tetap di bukit keluang




Quote b_n_c 24-9-2017 07:50 AM
Marsyal Yau replied at 24-9-2017 03:29 AM
sudah tiba masanya kita membawa senjata tiap kali keluar dari rumah kerna jenayah rogol, ragut dan r ...

mengigtkan sy utk beli pepper spray.tq
Quote OmJualGas 24-9-2017 08:03 AM
Susah juga sekarang ni.   Musim barang naik.
Quote felinecat 24-9-2017 08:20 AM
waaaa, dah le aku selalu jog sorang2.. tggu kawan, alamat pkul 10 bru berjogging..aku selalu bawa gps je, kalau jd ape2, harap org jumpe aku berpandukan gps. aku long distant runner.
Quote wallflower 24-9-2017 09:22 AM
Tak seronok la berita gini. Penjenayah ni patut ditolak biar jerlus ke dasar laut jah. Orang nak beriadah pon x senang.

Teringat pula aku pernah duduk tercongok sorang masa panjat bukit ni. Kawan2 tgh bergambar.
Quote VioletsAre_Blue 24-9-2017 09:30 AM
Kerajaan negeri kena buat sesuatu la letak pengawal atas tu.sayang tempat ni sangat lawa
Quote Decaffeinated 24-9-2017 10:19 AM
chazey replied at 24-9-2017 03:27 AM
Mak aiol di usia 58 masih cargas main badminton siap boleh kalahkan yang jauh lebih junior dari sh ...

soalan yang sama, apa sheols makan?




Quote Decaffeinated 24-9-2017 10:21 AM
sukacactus replied at 24-9-2017 07:45 AM
Pandai penjenayah tu
Kat ats bukit tu bkn ada orang...nak minta tolong kat sapa

bongok juga sebenarnya....

cer ko tanya berapa sen ja dia dapat...

banyak lagi tempat sunyi lain yang tak payah susah2 memanjat bagai....



Quote Vokuro 24-9-2017 10:22 AM
mat pet lah ni kan///
akak berdoa semua mat pet mampus di langgar lori jah.
golongan ini umpama sampah sarap jah dalam masyarakat.
Quote abangadek 24-9-2017 10:22 AM
baru cadang nak hiking
Quote finesse 24-9-2017 10:33 AM
Vokuro replied at 24-9-2017 10:22 AM
mat pet lah ni kan///
akak berdoa semua mat pet mampus di langgar lori jah.
golongan ini umpama sa ...

Konfom melayu... Ewww

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.054675 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top