"Kadang-kadang memang rasa tertekan tengok kawan-kawan sebaya sudah pun berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.”
Jarang-jarang orang tak tertekan bila tengok kawan-kawan semua dah berumah tangga. Mesti ada rasa sedikit cemburu,kan? Begitu juga dengan penyanyi Kaka Azraff yang mengakui dirinya tertekan apabila melihat ramai rakan sebayanya sudah mendirikan rumah tangga. Tapi jangan ingat Kaka terdesak nak cari pasangan hidup tau! Memetik mStar Online, Kaka atau Nor Atiqa Noor Azraff, 28, tak sempat nak berfikir soal teman lelaki dek kerana sibuk dengan karier seninya.
“Saya tidak pula mencari cinta kerana merasakan jika tiba jodoh saya pasti akan dipertemukan dengan lelaki yang tepat. "Tambahan pula sekarang saya sibuk dengan karier seni jadi tiada masa memikirkan soal jodoh," katanya. Mungkin Kaka ‘merajuk’ kerana putus cinta tak? Ha, jawab Kaka, dia ada sahaja cuba mendekati seseorang, malah dia kini sedang berkawan dengan seseorang. "Bukanlah langsung tidak berusaha tetapi saya tidak terlalu fokuskan ke arah itu dan biar ia datang dengan sendirinya. "Seperti sekarang saya ada berkawan dengan seseorang tetapi hubungan kami bukannya istimewa dan tidak mahu meletakkan apa-apa harapan. "Rasanya tidak salah berkawan dan dia bukannya orang industri sebaliknya orang biasa sahaja," ujarnya. Nanti dah sampai masanya, Kaka jangan main sorok-sorok pula, okey? - CARI |
12
Bagus |
8
Marah |
11
Terkejut |
9
Sedih |
11
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
barfi: Bukan ke aritu ada gosip sheols dengan rody kristal ke?
barfi replied at 23-9-2017 04:18 PM
Bukan ke aritu ada gosip sheols dengan rody kristal ke?
Aneem replied at 23-9-2017 09:01 PM
Seriously dah putus tunang dgn rody?
ADVERTISEMENT