|
Bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terbabit dalam kemalangan jalan raya pada Jumaat, lapor mStar Online. Menurut peguam Anwar R Sivarasa, kejadian berlaku pada jam 12.30 tengah hari di Saujana Utama, Sungai Buloh.
"Anwar telah terlibat dalam satu kemalangan sewaktu beliau sedang dipindahkan dari Hospital Kuala Lumpur ke Penjara Sungai Buloh selepas beliau diwadkan selama empat hari," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. Menurutnya, kejadian berlaku selepas kereta dipandu pegawai penjara yang membawa Anwar cuba mengelak sebuah kenderaan dari arah bertentangan.
Tindakan brek mengejut menyebabkan sebuah lagi kereta pengiring melanggar kereta yang dinaiki Anwar dari arah belakang. "Syukur Anwar tidak mengalami sebarang kecederaan serius, tetapi agak terkejut dan telah diberikan ubat tahan sakit selepas dirawat doktor di Penjara Sungai Buloh," katanya. - CARI
|
|
10
![]() Bagus |
5
![]() Marah |
3
![]() Terkejut |
4
![]() Sedih |
3
![]() Lawak |
6
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
munchkin replied at 22-9-2017 07:20 PM
Syukur tiada apa2 berlaku

tu dlm drama ye, jgn butthurt sgt.
ADVERTISEMENT