Pelakon Lufya Omar yang sedang hamil lapan bulan dilaporkan terjatuh dari pentas selepas siaran langsung Da'i pada Ahad lalu. Mstar Online melaporkan Lufya, 32 ketika itu tidak perasan sudah berada di hujung pentas yang setinggi satu meter.
"Selepas tamat program Da'i saya mengalami musibah terjatuh dari stage lebih kurang satu meter tingginya. Tidak dijangka keadaan ini berlaku terlalu pantas sejurus selepas habis program berkenaan. "Saya diajak bergambar bersama usahawan yang merupakan pemilik jenama Siti Khadijah tetapi belum sempat bergambar saya terjatuh dari pentas. "Dalam keadaan tidak menyedari ruang yang saya berdiri sudah di hujung pentas dan lantai hitam yang saya jangkakan pentas rupa-rupanya ia ialah lantai menyebabkan saya tidak perasan lalu terjatuh," katanya. Dia kemudian dilaporkan dimasukkan ke Pusat Perubatan Tropicana sejurus selepas kejadian, namun dibenarkan pulang dan berehat di rumah kemudiannya.
"Malang tidak berbau, Saya tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini cuma memohon setiap doa anda supaya kandungan bayi saya dalam keadaan sihat dan kecederaan saya beransur pulih.' "Setakat ini saya masih bawah pemerhatian doktor dan berharap anda semua mendoakan saya terutamanya kandungan saya agar ia selamat," katanya lagi.-CARI |
25
Bagus |
25
Marah |
22
Terkejut |
9
Sedih |
23
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
RatuDunia94 replied at 20-9-2017 01:29 AM
Pentas DAI tu mmg "keras" sikit.. Aritu org dr MENSA terjatuh scr live masa program Clever Girl.. Do ...
RatuDunia94 replied at 20-9-2017 01:29 AM
Pentas DAI tu mmg "keras" sikit.. Aritu org dr MENSA terjatuh scr live masa program Clever Girl.. Do ...
ADVERTISEMENT