Dikenali sebagai jurugambar profesional namun sering tampil membangkitkan isu kemasyarakatan, Saiful Nang nampaknya kali ini telah mengguris banyak perasaan.
Baru-baru ini dia memuat naik status mengkritik terhadap laungan azan semasa tragedi kebakaran pusat tahfiz Ittifaqiyah. "Maafkan aku yang jahil untuk bertanya. Jika yang menjerit meminta tolong itu anak kau.. "Adakah azan kamu nak mendayu macam dalam pertandingan azan berlagu diiringi jerit anak kau minta tolong?" Begitulah antara yang ditulisnya di laman Facebook seterusnya menyebabkan ramai berasa marah dan kurang senang. Namun, Saiful tampil meminta maaf dan tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Katanya, kenyataan tersebut ditulis mungkin kerana terbawa-bawa perasaan kesal dan sedih dengan kematian pelajar-pelajar tahfiz itu.
“Saya dengan rendah hati ingin memohon maaf atas kenyataan saya yang mempertikaikan laungan azan yang mendayu dilaungkan semasa tragedi kebakaran di pondok tahfiz di Keramat baru-baru ini. “Kenyataan itu menyebabkan ramai netizen yang tersinggung dan mengecam saya. Saya terima kritikan itu kerana itu memang pandangan peribadi saya sendiri. “Mungkin saya terlalu terbawa-bawa dengan perasaan kesal dan sedih dengan kematian begitu ramai anak-anak tahfiz yang saya rasa sama seperti anak-anak yang sedang saya jaga,” katanya dalam satu status di Facebook. Di ruangan komen, netizen berulang kali mengecam apa yang dilakukannya dan ada yang mengajak untuk memboikot jurukamera ini. "Boikot je kelas kamera dia ni.. "Kalau ye pun cari publisiti murahan tapi jangan sampai hina agama kami.." "Saja buat statement bodoh, nak test rating lah tu.." Nampaknya beberapa selebriti dan orang popular telah dikecam kerana mengeluarkan kenyataan mengguris hati tentang tragedi pusat tahfiz ini. Apa nak jadi ya? - CARI
|
5
Bagus |
45
Marah |
13
Terkejut |
13
Sedih |
10
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sis_yus: biasanya kalu berlaku kebakaran ..ribut ... arwah tok kata orang akan azan.. in sha Allah akan meredakan sikit kejadian tu...
ADVERTISEMENT