Siapa masih ingat dengan 'Crocodile Hunter' Steve Irwin? Biarpun pemergian selebriti haiwan Australia itu disebabkan disengat ikan pari pada dadanya pada 2006, ia sedikitpun tidak mematahkan semangat anaknya, Robert Irwin untuk mengikut jejak langkah bapanya. Bapa borek anak rintik. Itu ungkapan sesuai menggambarkan Robert, 13, yang meneruskan 'misi' membuka mata dunia untuk lebih dekat dan menghargai alam semula jadi.
Sejak kecil lagi Robert sudah mula menunjukkan minatnya terhadap hidupan liar semula jadi, lapor BoredPanda. Kini, dia menjelajah ke setiap pelosok dunia bersama keluarganya dan merakamkan keindahan alam haiwan menerusi lensa kamera. Walaupun baru berusia belasan tahun, bakatnya memang superb! Jika Steve masih hidup, mesti dia berbangga dengan anaknya itu. Anda boleh lihat sendiri bakat daripada penerus legasi pemburu buaya itu di laman Instagram dan websitenya di Robert Irwin Photography. - CARI |
chazey replied at 18-9-2017 03:07 PM
Ingatkan Bindi yang mendonia masa tengok tajuk thread tadi.
ADVERTISEMENT