CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bocor Maklumat Siasatan Tragedi Tahfiz, 13 Anggota Polis Disoal

18-9-2017 12:07 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5429| Komen: 25


sumber : FMT


Kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ifftifaqiyah baru-baru ini disahkan berpunca dendam antara dua kumpulan remaja. 

Ekoran tertangkapnya 7 suspek, timbul pelbagai pendapat di kalangan masyarakat tentang hukuman yang sewajarnya dikenakan ke atas kesemua pesalah itu.

Sehubungan itu, proses siasatan pihak polis yang sedang dijalankan adalah penting dan wajar dirahsiakan bagi mengelakkan wujud kebocoran yang boleh mengundang spekulasi yang bukan-bukan. 

Baru-baru ini, dilaporkan terdapat seramai 13 anggota polis diambil keterangan ekoran terdapat dakwaan kebocoran maklumat dalam kes kebakaran pusat tahfiz tersebut. 

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa dalam satu kenyataan berkata, siasatan yang antara lain melibatkan rakaman percakapan, telah dimulakan sejak Sabtu lalu. 


"Mereka disiasat di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998."

"Bagaimanapun, setakat ini tiada tangkapan dilakukan."

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini menafikan pihak polis yang membocorkan maklumat berhubung siasatan kes melibatkan pusat tahfiz berkenaan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mendakwa, maklumat dan video itu disebarkan oleh agensi kerajaan lain.- CARI

sumber : https://i.pinimg.com/

19

Bagus
14

Marah
8

Terkejut
14

Sedih
13

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (85 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote skinsandstars 18-9-2017 12:32 PM
Zahid hamidi husnuzon betul terhadap  polis.
Quote kamil8891 18-9-2017 03:44 PM
A.C.A.B = All Corp Are Bastard  hehehehe
except my sis hahahaha
Quote mizruncing 18-9-2017 04:24 PM
hurmm kate bkn polis yg bocorkan mklumat
Quote EncikRhoma 18-9-2017 05:38 PM
Mesej whatsapp tu dimulakan dengan as salam YDH Tuan KJSJN dan T/KJSJN kemudian diikuti dengan report bla..bla..bla. Takkan la org luar dari polis yg hantar mesej macam tu. Selalu sangat jadi macam ni. Siap ada no report semua. Style mesej tu pun macam dihantar dari orang bawahan ke orang atasan. Obvious kot. Lagi nak nafikan ke?
Quote Pink_Purple 18-9-2017 05:41 PM
bini depa kut bocorkan..

balik check hfon, jumpa benda ni..
laju jer send ke kawan2, masing2 nak sapa dulu tau berita terkini
Quote jazaa100 18-9-2017 05:52 PM
Ni sbb mak pak anak anak setan tu nk saman polis ke sbb sebarkn gambar ank ank dorang?....

Dasar setan...dah anak buat hal, nk cari salah org pulak janji dpt pampasan....

Quote mogey 18-9-2017 05:53 PM
Bomba & forensik pun tlg siasat sekali ye, bkn korang ke yg pi sebarkan mayat rentung bdk2 tahfiz
Quote Artemesiaa 18-9-2017 06:00 PM
Gigih memasing nak jadi penyampai berita terawal tampa memikirkan akibat buruk baiknya berita yang nak disampaikan
Quote paz 18-9-2017 06:02 PM
Eloklah, tiba masanya semua orang hormat sikit peraturan. Tu pasal macam-macam masalah, tak reti ikut peraturan.
Quote Miming2 18-9-2017 06:13 PM
Pink_Purple replied at 18-9-2017 05:41 PM
bini depa kut bocorkan..

balik check hfon, jumpa benda ni..

Kan most of the time mcm tu.. gatal sgt nak jadi informer org lain... ada lagi tu, bru stakat tunang, sibuk sj nak cek phone tunang, semata2 nak access baca group whatsapp polis... i think its time kalau pihak yg berwajib (askar/polis/intel) nie tak payah nak bergroup whatsapp bagai.. last2 leak, salahkan antara satu sma lain.
Quote cmf_shalom 18-9-2017 06:16 PM
Skrg ni..bnyk sgt Info dlm siasatan polis tsebar kt wasap..dh mjadi kwajipan plak..after ssuatu kejadian..x lama kemudian akn ada wasap susulan salam tuan bagai..
Quote Pink_Purple 18-9-2017 06:21 PM
Miming2 replied at 18-9-2017 06:13 PM
Kan most of the time mcm tu.. gatal sgt nak jadi informer org lain... ada lagi tu, bru stakat tuna ...

ada terjumpa isteri polis tu,

sembang dia mcm dia polis, semua istilah dia sebut OKT la,bla bla,

tanya dia keje apa, surirumah, isteri polis yang bekerjaya, xde pulak menyibuk gitu..

aktiviti persatuan isteri polis pun dia xjoint...biar suami kena denda pun..
Quote cikanggun 18-9-2017 08:53 PM
Pink_Purple replied at 18-9-2017 06:21 PM
ada terjumpa isteri polis tu,

sembang dia mcm dia polis, semua istilah dia sebut OKT la,bla bla ...

Ni persatuan acik2 mesorat tingkap bini polis.. ko ape tau..

Lol... jenis2 bini perangai pprt.. sebok nk jd informer terpantas kt berek polis..
Quote spenderterselit 18-9-2017 09:01 PM
EncikRhoma replied at 18-9-2017 05:38 PM
Mesej whatsapp tu dimulakan dengan as salam YDH Tuan KJSJN dan T/KJSJN kemudian diikuti dengan repor ...


Mmg dorg yg polis2 ni pun yg start sebarkan.bkn org luar pn.sbb report skali tersebar.sama mcm dlu gak ada kes pegawai ambank ditembak sampai pecah hncur sebelah muka tu time kemas duit kt bilik kebal bank tu.Dorang polis2 n forensik yg sampai stu la ambik gmbr n start sebarkan.Sbb org luar xlps pn nk msuk smpai btol2 tmpt yg ada mayat tu.And aku ingt lagi aku frst tgok gmbr tu kt grup wsap skolah.n yg frward tu anggota pdrm sndri.Siap psn kitorg nti delete bila da tngok
Quote EncikRhoma 18-9-2017 10:41 PM
spenderterselit replied at 18-9-2017 01:01 PM
Mmg dorg yg polis2 ni pun yg start sebarkan.bkn org luar pn.sbb report skali tersebar.sama mcm d ...

obvious sangat kan. Tu pun jahid komedi nak nafikan. Ingat orang bodo ke apa? Dah lama kot mesej camtu tersebar. Dimulai dengan salam tuan bla..bla..bla. Lepas tu ada tulis detail report. Bukan ke polis ada perintah tetap kpn apa benda entah yg melarang penyebaran maklumat yg dikategorikan sebagai rahsia ke org awam. Nampak sangat orang pertama yg sebarkan tu (obviously org di kalangan pdrm kan) tak pernah dikenakan tindakan
Quote ultra78 18-9-2017 10:57 PM
cmf_shalom replied at 18-9-2017 06:16 PM
Skrg ni..bnyk sgt Info dlm siasatan polis tsebar kt wasap..dh mjadi kwajipan plak..after ssuatu keja ...

Aku pun hairan. Sesuka hati aje forward dlm WhatsApp.
Quote nobito 19-9-2017 01:13 AM
Ok la tu dik....
Nak tunggu wartawan buat kerja macam Siput.

Baik tunggu cerita dr informer berbanding wartawan siput sensasi
Quote pyropura 19-9-2017 01:51 AM
Kita terlalu sebuk menangkap orang2 gila dan bodoh yg hina Islam di sosmed, sampai pelaky2 jenayah begini tak diambil tau, now tau kan sapa sebenarnya yg betul2 mengancam ummah ... tapi too late lah, yg di Keramat, ada banyak lagi pelaku2 jenayah begini ditempat2 lain juga ...
Quote Aera 19-9-2017 02:18 AM
mogey replied at 18-9-2017 05:53 PM
Bomba & forensik pun tlg siasat sekali ye, bkn korang ke yg pi sebarkan mayat rentung bdk2 tahfiz

Terkejut tgk fb aritu tiba2 ada tersebar pic mayat rentung.Allahuakbar.iols scroll lelaju

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.115091 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top