Ramai tidak tahu pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman pernah menghantar anaknya, Umar Nail ke Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terlibat dalam tragedi kebakaran semalam.
Rizalman meluahkan rasa sedih dan terkesan dengan apa yang berlaku terhadap anak-anak di pusat tahfiz itu. Katanya menerusi Instagram itu, dia menganggap sebahagian daripada mangsa tragedi sebagai anak angkatnya. "Saya merasa amat terkesan akibat kejadian ini kerana ada antara mereka (mangsa) menjadi sahabat Umar, saya sendiri dan sudahpun bergelar 'anak-anak angkat' saya selama ini. "Ini kerana mereka sudi memenuhi undangan saya baik di rumah atau di pejabat ketika meraikan apa-apa majlis termasuklah sambutan hari jadi saya, tahun lalu.
"Kekayaan doa mereka yang disampaikan kepada Allah, pada saya dan keluarga cukup besar maknanya. "Ketulusan dan kesucian hati mereka, wajah-wajah suci mereka, pengorbanan zaman remaja menuntut ilmu Allah melalui al-Quran dan perasaan hormat mereka ketika mencium tangan setiap kali berjumpa dan berpisah, bagai terasa dingin syurgaNya," katanya. Rizalman juga mendoakan dan menitipkan ingatan buat ustaz yang terbabit dalam kemalangan tersebut. "Kepada ustaz @yusufdqi yang berkorban menjaga kebajikan anak ini hingga ke akhir hayatnya, saya hanya mampu berdoa. "Kepada ibu bapa anak ini, Allah memilih anda sebagai tetamunya di syurga bermula dari sekarang. Anda semua yang terpilih mempunyai jiwa yang kental untuk melalui dugaan ini," ujarnya. Pastinya apa yang dirasai oleh pereka fesyen ini sangat mendalam kerana pernah mendekati sendiri mangsa-mangsa di pusat tahfiz tersebut. - CARI
|
15
Bagus |
14
Marah |
16
Terkejut |
7
Sedih |
15
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
harrypoter replied at 15-9-2017 02:28 PM
taktau pula dia ni dah kawin
harrypoter replied at 15-9-2017 02:28 PM
taktau pula dia ni dah kawin
ninjago replied at 15-9-2017 03:31 PM
tu anak angkat dia la you.. dia bela since baby lagi..
AmandaRollins replied at 15-9-2017 03:24 PM
Indah n tenang sgt baca tulisan rizalman..tersusun kata2 nya..
Btw,Al-fatihah utk mangsa kebakaran. ...
haryatie replied at 15-9-2017 04:12 PM
sedihnyaaa....
semua nya masih kecil2 lagiii
nmpak comel2..
blue^panther replied at 15-9-2017 04:16 PM
Tp anak dia x dok asrama tu la ye??
supernaturalee replied at 15-9-2017 04:10 PM
peminat law & order svu eh
sory ot
ADVERTISEMENT