Kemaskini : 1.30 Petang
Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesyaki kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung yang mengorbankan 22 pelajar dan 2 guru, mungkin berpunca daripada ubat nyamuk atau litar pintas. Memetik laporan Free Malaysia Today, Timbalan Ketua Pengarah Bomba, Datuk Saimon Jahid berkata, semua mangsa maut kerana tidak dapat membuka jeriji tingkap. Katanya, 5 pelajar yang berjaya diselamatkan dalam operasi pertama pagi tadi, kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Tambah beliau, operasi memadam kebakaran itu yang disertai 50 anggota tamat 8 pagi tadi, tetapi pihaknya masih melakukan pemantauan bagi memastikan tiada pelajar atau guru yang tertinggal dalam bangunan itu. Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, semua 24 mangsa korban ditemui dalam keadaan rentung dan bertindih di tingkat teratas pusat tahfiz terbabit yang menempatkan 36 pelajar. Katanya, 14 pelajar dan 4 guru berjaya menyelamatkan diri.- CARI ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Awal pagi tadi, berlaku satu kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur yang membabitkan kematian lebih 20 orang termasuk pelajar dan tenaga pengajar. Memetik laporan Berita Harian, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, kebakaran dipercayai bermula jam 5.10 pagi dari tingkat atas bangunan. Difahamkan, semua mayat masih di lokasi kejadian. Menurut pihak Bomba, 20 mangsa yang lain dilaporkan cedera manakala tiga kritikal. Mereka kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Susulan kejadian itu, polis menutup laluan di Jalan Keramat Hujung yang menghubungkan Jalan Pasar Keramat ke Bukit Pawang. Punca kejadian masih dalam siasatan pihak bomba.- CARI |
28
Bagus |
13
Marah |
27
Terkejut |
28
Sedih |
26
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
nini_azmi replied at 14-9-2017 08:51 AM
Takziah. Dah bape kes sek tahfiz ni terbkr. Pbinaan bgnn sek diorg tu ada kelulusan tak. Pelik sek t ...
Sume ustaz2 pn nk buat sek tahfiz sndr gamaknya
ADVERTISEMENT