Setelah menjalankan proses penamaan, bekas Speaker Parlimen Singapura, Halimah Yacob dilantik secara rasmi sebagai presiden wanita pertama republik itu hari ini dalam keadaan menang tanpa bertanding. Memetik laporan The Straits Times, sekitar pukul 12 tengahari tadi, pegawai pilihan raya mengumumkan Halimah, 63 secara automatik terpilih di pusat penamaan. Beliau berjaya menjadi presiden Singapura yang kelapan dan juga merupakan presiden wanita yang pertama dalam sejarah Singapura. Dijangka beliau mengangkat sumpah Khamis ini dan akan berkhidmat sebagai Presiden selama sepenggal (enam tahun). Dalam ucapannya di pejabat jabatan pilihan raya, beliau berjanji untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat Singapura sebaik diumumkan sebagai presiden negara itu.
“Saya berjanji akan melakukan yang terbaik untuk berkhidmat pada rakyat Singapura, ada pilihan raya atau tidak komitmen terhadap rakyat kekal sama.” Dilaporkan pengalaman Halimah sebagai Speaker parlimen secara automatik melayakkan beliau menurut undang-undang pencalonan. Daripada empat permohonan, dua bukan Melayu dan dua lagi tidak diberikan sijil kelayakan, kata jabatan pilihan raya awal minggu ini. Sebelum Halimah, Yusof Ishak adalah pemimpin bangsa Melayu yang terakhir memegang jawatan itu dan gambarnya hingga kini menghiasi wang kertas negara itu.- CARI |
5
Bagus |
5
Marah |
7
Terkejut |
16
Sedih |
7
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cauliflower: melayu? bukan ke dia india muslim yg tak mengaku india ke?
husie91: kenapa menang tanpa bertanding
sofiazara replied at 15-9-2017 12:56 AM
so president lagi power dari prime minister la kan?
sheol can elect the prime minister and pass the ...
ADVERTISEMENT