Hanya kerana minat yang mendalam terhadap aktiviti lasak dan mencabar, gadis berusia 27 tahun sanggup berhenti kerja sebagai jururawat di sebuah hospital swasta dan menyertai pasukan bomba. Memetik laporan Harian Metro, tindakan Nor Maisarah Ibrahim menarik perhatian apabila fotonya mengangkat hos air ketika memadam kebakaran pasar besar Seremban Sabtu lalu menjadi tular di media sosial. Menurut Nor Maisarah, selama ini dia mengikuti latihan sebagai anggota bomba di Wakaf Tapai, Terengganu dan kemudian dipindahkan ke Seremban sejak Mei lalu. “Dalam tugasan kami, tidak ada diskriminasi jantina, kami perlu menjalankan tugas tanpa melihat sama ada wanita atau lelaki.”
Aksi rakan setugasnya Siti Norhaliza Zakaria, 19, turut dirakam bertungkus lumus memadam kebakaran. Mereka turut mengangkat hos air dan mengendali peralatan berat ketika operasi pemadaman pada Sabtu lalu.- CARI |
15
Bagus |
4
Marah |
2
Terkejut |
10
Sedih |
6
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Skuau: Awat tajuknya bkn 'siti norhaliza(kwn dia) padam kebakaran pasar besar seromban'...lg gempak!
ninja boy replied at 12-9-2017 07:07 PM
ada ja yg sanggup jadi askar pompuan, bomba, tentera etc janji kerja goverment gitu,
ketika dulu p ...
ADVERTISEMENT