Macam-macam trend pelik sudah kita jumpa di Internet. Ada yang boleh diterima akal, ada yang menjadi ikutan, malah ada yang menggelikan.
Tak kurang juga, ada yang menakutkan dan menyeramkan! Trend menyeramkan? Macam mana tu? Nah, tengok gambar ini! Terbaru, seorang artis pelukis badan dari Korea, Dain Yoon menggunakan ilusi optik untuk menghasilkan kuku berwajah manusia lengkap dengan rambut.
Walaupun ramai berpendapat ianya kelihatan menyeramkan, mereka juga tak menafikan jika hiasan kuku itu sangat kreatif dan tak mustahil menjadi trend di masa hadapan. Dah tengok gambar 'kuku selfie' itu semua? Macam mana, seram tak? - CARI
|
kittypong31 replied at 12-9-2017 08:10 PM
kuku merepek.. orang mcm ni kalau masak pun geli nak makan. entah bersih ke tak
ADVERTISEMENT