Taufan Irma membadai Florida awal pagi waktu tempatan diletakkan di bawah Kategori 4, taufan peringkat kedua tertinggi dalam Skala Saffir-Simpson. Namun pada sebelah petang ia bergerak lemah ke pesisir barat dalam Kategori 2 dengan kelajuan angin maksimum 177 kilometer sejam. Memetik laporan Reuters, enam juta orang, iaitu satu pertiga penduduk negeri itu diarahkan berpindah menjelang ketibaan ribut berkenaan. Ia juga menyebabkan lebih sejuta rumah dan premis perniagaan mengalami gangguan bekalan elektrik selain mengancam menyebabkan banjir teruk.
Irma yang mencetuskan antara pemindahan terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat, dijangka menyebabkan kerosakan berjumlah berbilion dolar kepada Florida, negeri ketiga paling ramai penduduk di AS. Sementara itu memetik laporan AFP, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meluluskan permohonan dana kecemasan bagi membiayai program pembangunan semula Florida yang teruk dibadai Taufan Irma. Rumah Putih dalam satu kenyataan berkata, bantuan persekutuan itu termasuk geran untuk pembinaan perumahan sementara, pembaikan semula rumah dan pinjaman khas bagi menampung kerugian harta benda yang tidak diinsuranskan. Pada masa sama, dana berkenaan bakal membantu individu dan pemilik perniagaan untuk kembali memulakan operasi kesan bencana alam yang melanda negeri itu.- CARI |
23
Bagus |
22
Marah |
11
Terkejut |
19
Sedih |
18
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
dani-rox replied at 12-9-2017 12:24 AM
kalau baca kat tenet kebanyakan berita US yg pelik2 dan sgt WTF datang dari Florida
btw taufan I ...
dani-rox replied at 12-9-2017 12:24 AM
kalau baca kat tenet kebanyakan berita US yg pelik2 dan sgt WTF datang dari Florida
btw taufan I ...
finesse replied at 12-9-2017 12:30 AM
Sedut hantar ke mana?
ADVERTISEMENT