Tragedi kebakaran yang memusnahkan 358 premis perniagaan di Pasar Besar Seremban sekitar jam 7.30 petang semalam bukan sahaja mengejutkan ramai pihak, malah ia turut membuatkan para peniaga berhadapan trauma.
Astro Awani melaporkan situasi yang sama pernah melanda para peniaga ini kira-kira 30 tahun yang lalu. “Semua barang habis terbakar. Kedai ini berusia dekat 25 hingga 30 tahun. Semua barang habis, satu barang pun tidak boleh angkat, perkara yang sama (30 tahun dahulu) berulang,” ujar seorang peniaga, A. Merimena, 57. Katanya, ibarat masih segar di ingatan, tragedi 30 tahun lalu dahulu yang memusnahkan segala barangan jualan di dalam kedainya itu kembali menghantui keluarganya. Kerugian yang dialami juga bukan calang-calang. Seorang peniaga kain, Mohd Isa Osman berkata kerugian yang diamali mencecah RM30,000 serang. “Lagipun baru masuk barang, ramai akan sambut Deepavali tak lama lagi dengan harapan hendak berniaga Deepavali. Rugi lebih RM20 ribu, dalam RM30 ribu,” katanya.
Dalam kejadian sekitar 7.30 malam tadi, Pasar Besar Seremban yang mempunyai dua tingkat dilaporkan terbakar lebih 80 peratus. Punca kebakaran kini dalam siasatan, manakala tiada kemalangan jiwa dilaporkan. - CARI |
8
Bagus |
7
Marah |
2
Terkejut |
3
Sedih |
4
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT