CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malam Menjaga Pesakit, Tayar Kereta Wanita Lesap Dikebas Pencuri

9-9-2017 02:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5396| Komen: 35


Pencuri durjana! Malang nasib seorang pesara wanita, kereta yang ditinggalkannya untuk menjaga pesakit telah dikebas keempat-empat tayarnya!

Harian Metro melaporkan mangsa meninggalkan kereta pada 5 September di kawasan tangki air tepi Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

“Wanita itu dikatakan bermalam di HTF atas tujuan melawat dan menjaga pesakit di hospital berkenaan,” kata ketua polis Kangar Supt. Wari Kiew.

Mangsa menyedari tayar keretanya sudah lesap pada jam 1 tengah hari esoknya. Kerugian tayar dan rim dianggarkan RM1,000.

Wari berkata kecurian itu kejadian pertama dilaporkan sejak awal tahun ini.

Beliau menasihati orang awam agar memarkir kenderaan mereka di kawasan yang senang dilihat dan berdekatan pengawal keselamatan HTF.

Polis menyiasat kes itu bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri dan Seksyen 345 kanun tersebut kerana khianat. - CARI 


Foto: Carian internet
2

Bagus
3

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigahertz 9-9-2017 02:53 PM
Macam.kereta volkswagen je
Quote moonbug 9-9-2017 03:53 PM
Desperatenya pencuri zaman skrg. Asal boleh je
Quote Pink_Purple 9-9-2017 04:03 PM
kedekut sangat makcik, letak la kat paking berbayar..(eh ada ke paking bebayar)
Quote Pink_Purple 9-9-2017 04:03 PM
paking berbayar ada orang jaga, ada pagar
Quote fishcracker 9-9-2017 04:04 PM
Kat parking sepital takde guard ke
Quote GigaMom 9-9-2017 04:16 PM
Dh 3 thn keta pajero xd tuan parking x gerak2 ptu nk masuk tmn i, x plak yg nk curi tayar ke, rem ke. Heran juga.
Quote Pink_Purple 9-9-2017 04:19 PM
GigaMom replied at 9-9-2017 04:16 PM
Dh 3 thn keta pajero xd tuan parking x gerak2 ptu nk masuk tmn i, x plak yg nk curi tayar ke, rem ke ...

taya pajero tu xlaku,

tayaar kete acik ni terhangat di pasaran,

geng penagih la ni punya keje
Quote R2D2 9-9-2017 04:20 PM
Mana mana parking berbayar pun ada notis kecurian tanggungjawab sendiri
Quote GigaMom 9-9-2017 04:32 PM
Pink_Purple replied at 9-9-2017 04:19 PM
taya pajero tu xlaku,

tayaar kete acik ni terhangat di pasaran,

Iyee kot
Tp penagih sengkek 10hengget pun hadapp
Quote Pink_Purple 9-9-2017 04:37 PM
GigaMom replied at 9-9-2017 04:32 PM
Iyee kot
Tp penagih sengkek 10hengget pun hadapp

10 hengget pun masyukk,,

sian penagih ni,buat keje teruk(mencurila)

kat rumah saya panjat kelapa(pokok orang,aka curi) berpeluh2 pas2 kupas,jual..

keje juga kan, tapi keje xhalal la
Quote EvieWanKenobi 9-9-2017 06:05 PM
lengang sangat ke kawasan tu..
Quote FOTHER-MUCKER 9-9-2017 06:09 PM
gigahertz replied at 9-9-2017 06:53 AM
Macam.kereta volkswagen je

Nampak seperti old model Kia Rio jewww.
Quote missinpiece 9-9-2017 06:25 PM
Penat nak menjaga org sakit satu hal. Kadang2 masa dtg tu parking penuh. Terpaksa la park kt mana2 yg dapat. Nak turun alih parking dah malam pulak, jauh pulak. Me penah alami, sian mak terkial2 angkat barang2 sorg2, balik tengah2 malam parking jejauh..
Quote mum123 9-9-2017 06:36 PM
kalo stering bolehlah lock...kalo tayar mcmana laa nak lock..
Quote gigahertz 9-9-2017 06:52 PM
mum123 replied at 9-9-2017 10:36 AM
kalo stering bolehlah lock...kalo tayar mcmana laa nak lock..

Tayaar. Tgh parking kasi simpan dalam bonet. Nak gerak skru balik
Quote gigahertz 9-9-2017 06:57 PM
moonbug replied at 9-9-2017 07:53 AM
Desperatenya pencuri zaman skrg. Asal boleh je

Nak tangkap blik pencuri ni senang. Up status kat fb atau kat group. Nak cari tayar sekian sekian. Siapa ada sila PM.
Quote ultra78 9-9-2017 06:58 PM
mum123 replied at 9-9-2017 06:36 PM
kalo stering bolehlah lock...kalo tayar mcmana laa nak lock..

Ada lock nut. Bentuk nut tu berbeza dengan standard nut. Setiap tayar dipasang satu nut tersebut. Tetapi jika pencuri tu ada key yg match dengan lock nut tersebut still boleh dibuka juga
Quote jfq 9-9-2017 06:58 PM
What happen to msia skrang. Dgn penyamun kat dobi kat speedmart ragut handphone kat majestic hotel samun handbag letak atas meja
Apa pun x selamat skrang
Quote insulin 9-9-2017 07:07 PM
Takziah kepada owner kereta. Sebaiknya gunalah steel rim. Semoga xde pencuri terliur nak mencuri.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.035750 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top