“Semua ini adalah permainan politik dan ia adalah harga yang perlu dibayar oleh semua ahli politik."
Datin Seri Rosmah Mansor berkata demikian dalam temu bual eksklusif bersama majalah Wanita untuk keluaran September. Isteri kepada Perdana Menteri itu tidak menafikan, ada kalanya dia turut termakan hati dengan tohmahan dan kata-kata negatif dilemparkan terhadapnya. Tapi, apa boleh buat? Dia hanya mampu menelan semua kritikan negatif kerana itulah harga yang perlu dibayar ahli politik.
“Syukur saya mendapat kekuatan daripada suami yang cukup penyabar dalam mengharungi semua fitnah dan kata-kata negatif itu. "30 tahun bersama Datuk Seri, saya sudah lali dengan kata-kata masyarakat. Apa yang berlaku saya anggap sebagai 'job hazard'. "Saya redha dengan apa yang terjadi. Mereka boleh membuat apa sahaja persepsi, yang penting saya dan keluarga bahagia. "Hakikat sebenarnya hanya Tuhan yang tahu. Saya hanya mampu berdoa. Selebihnya saya serah kepada Allah kerana janji Allah, doa insan teraniaya pasti akan termakbul. "Datuk Seri juga cukup penyabar. Mungkin DNA beliau memang begitu. Cakaplah apa sahaja tentang dirinya beliau tidak pernah marah jauh sekali menjerit dan melenting," katanya. - CARI
|
15
Bagus |
13
Marah |
13
Terkejut |
6
Sedih |
9
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
petaiterbang replied at 7-9-2017 11:13 AM
Time kluar statement camtu carik la Allah time Allah suruh tutup aurat buat bodo jo
white_musk replied at 7-9-2017 11:14 AM
Bila alloh suruh totop aurat?
ADVERTISEMENT