Nakal betul Nabil Ahmad bila menulis komen tentang Fattah Amin yang dikatakan tidak boleh berjemur di tengah panas. Gara-gara gurauan itu, pelawak ini menjadi sasaran kemarahan peminat Fattah apabila ramai yang mempersoalkan niat Nabil memberikan komen sebegitu.
Ada juga yang mendakwa Nabil sengaja memerli aktor itu kerana cemburu dengan kejayaan yang diraih Fattah. Antara komen: "Apa ni Nabil. Kalau tak suka pun janganlah tunjuk sangat. Kecewalah dengan Nabil ini." "Ada saja nak dengki kat orang wahal orang tu tak pernah kacau orang pun!" Lagi teruk, netizen menyuruh Nabil agar mengubah sikapnya memandangkan dia pun sudah bergelar Haji. "Haji, bersihkan hati tu, jangan ada sifat dengki dengan orang lain," tulis seorang pengguna Twitter. Sementara itu ada juga yang menasihati Fattah agar tidak mengambil pusing tentang sindiran tersebut. "Tersenyumlah Fattah Amin ketika hati di sakiti. Hati yang tidak membenci akan membentuk jiwa yang tegar dan damai." Tidak kurang juga yang menghentam balik dengan mengatakan peminat Fattah sebagai 'hati tisu' kerana tidak boleh diajak bergurau. Sebenarnya, Fattah tidak boleh berjemur kerana dia mewakili lapan jenama produk kecantikan dan kesihatan. Kalau berpanas mestilah bimbang akan merosakkan kulit dan menjejaskan kliennya kan? -CARI
|
15
Bagus |
20
Marah |
25
Terkejut |
23
Sedih |
21
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT