Jarang orang tak kenal bila nama Tasha Shilla disebut. Mana taknya apabila nama sering dipalit kontroversi yang boleh dikatakan lebih menyerlah dari kerjaya seninya.
Memetik Kosmo!, pemilik nama Natasha Sheila Abd. Razak yang dilihat kuat menghadapi pelbagai tohmahan akhirnya kecundang jua apabila putus cinta sehingga memilih untuk 'bersembunyi' seketika dari dunia seni. “Jujurnya ketika putus cinta emosi saya sangat terganggu. Sebab itu saya mengambil keputusan untuk berehat sebentar daripada lakonan untuk stabilkan emosi. Tawaran lakonan sentiasa ada cuma saya yang menolak kerana ketika itu belum bersedia untuk bekerja,” jelasnya. Walaupun mengakui kecewa kerana cinta yang dipertahankan selama tiga tahun putus di tengah jalan, Tasha nekad untuk bangkit lebih kuat daripada sebelum ini.
“Saya banyak belajar dengan apa yang berlaku dan kekal positif. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam bercinta. Soal hati saya tolak ke tepi dulu. Sebelum ini selama tujuh tahun saya bekerja tanpa henti. Selepas berehat selama dua tahun baru saya sedar dunia lakonan merupakan jiwa dan terapi yang membuatkan saya sentiasa gembira,” kongsi Tasha. Sedar dirinya sering dikecam berpenampilan seksi, Tasha bagaimanapun tidak mudah melatah dengan tuduhan itu. Namun menurut Kosmo!, Tasha tampil lebih sopan ketika sesi fotografi bersama mereka, baru-baru ini. Hampir kesemua pakaian yang dibawa bersifat sopan dan tertutup, lapor Kosmo!. “Dahulu saya masih muda sentiasa ingin bergaya dengan selesa tanpa memikirkan impaknya. Sekarang pada usia 30 tahun dengan fikiran lebih matang, rasanya saya lebih selesa dengan gaya sopan dan sesuai dengan usia. “Perubahan itu dibuat bukan kerana peminat, tetapi untuk kebaikan diri sendiri. Saya masih Tasha Shilla dan akan kekal menjadi diri saya sampai bila-bila. Apapun seksi itu bersifat subjektif, kadangkala saya pakai kebaya orang masih kata seksi,” jelas Tasha. Kalau betul putus cinta boleh buat Tasha lebih matang dalam segala perkara, baguslah. Semoga Tasha terus menjaga imej dan penampilannya. - CARI
|
7
Bagus |
11
Marah |
8
Terkejut |
14
Sedih |
13
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT