Peliklah. 'Scammer' sekarang ni ambil kelas lakonan ke, macam mana ya? Hebat sungguh mereka mempermainkan mangsa korban mereka.
"seriously, lakonan mereka menjadi. Well trained, sebagai penipu dan penyamun online! Tapi nasib baiklah I ni otak bergeliga. Macam-macam I tanya sarjan sengal tu. Eh kemon la, I ni kaste ok! Ala2 kastello gitu. Lu jangan nak cari pasal." Demikianlah luahan kemarahan seorang pengguna Facebook yang didakwa scammer mempunyai tunggakan pinjaman peribadi dengan Hong Leong Bank selama 3 bulan sebanyak RM3,375. Yang menariknya, suspek mendakwa Siti Zaimah berkomplot dengan rakan sindiketnya, 'David Tin' yang ditangkap baru-baru ini. Jom baca pengalaman Zaimah dari A sampai Z! Zaimah turut menasihati agar orang ramai berhati-hati kerana scammer ada di mana-mana dan mereka licik menggunakan pelbagai cara bagi menipu mangsa. Menerusi komen netizen, dapat dilihat sudah ramai yang terkena dengan cara dan skrip hampir sama. "Saya pun pernah dapat panggilan dari Affin Bank, kata pinjaman 3 bulan tak bayar. " Sebiji macam ayah terkena. Skrip pun sama," antara komen netizen. Orang ramai diminta berhati-hati dan jangan mudah melatah apabila menerima panggilan sedemikian. Jangan mudah beri maklumat peribadi kepada pemanggil jika ragu-ragu dan rujuklah kepada yang lebih arif. Atau terus buat laporan polis, okey? - CARI
|
15
Bagus |
20
Marah |
21
Terkejut |
23
Sedih |
42
Lawak |
46
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettyuglybabe replied at 5-9-2017 11:34 AM
kastelo la sangat.. nasib baik anak ko nak susu..
kalu tak ko pun dah kena game kak oiii...
ADVERTISEMENT