"Jangan terkejut kalau saya perlu berpura-pura pengsan semasa program bersiaran!" Demikian luahan kebimbangan buat penyanyi popular Amy Mastura berhubung tabiat melatah yang dialaminya tidak dapat dibendung apabila tampil dalam program Super Spontan Superstar 2017 bermula 8 September ini. Memetik laporan mStar, Amy menjelaskan, sebenarnya melatah ini di luar kawalan, namun dia akan cuba mengawal walaupun ia sukar dilakukan bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku. "Saya memang berdoa agar masalah itu dapat dikawal dan sedang mencari strategi untuk mengelakkan melatah memandangkan rancangan itu bersiaran secara langsung."
Sementara itu, Amy memberitahu sokongan daripada teman rapat membuatkan dia memberanikan diri menyertai program tersebut. "Kalau ikutkan saya tak suka sertai pertandingan seperti ini kerana tidak mahu tertekan tetapi saya akan cuba sebaiknya," jelasnya. Menerusi Super Spontan Superstar 2017, Amy menyertai kumpulan King Musang yang dianggotai oleh Shuib Sepahtu, Syuk SYJ, Atu Zero, Fad Bocey, Kamal Adli, Fikry Ibrahim dan Zulin Aziz. Super Spontan Superstar 2017 bakal bersiaran secara langsung bermula 8 September, 10 malam di Astro Warna (132) dan Warna HD (124).- CARI |
22
Bagus |
36
Marah |
16
Terkejut |
23
Sedih |
27
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
drivethru replied at 2-9-2017 02:03 PM
Anak aku umur 8 tahun dah ade ciri2 melatah. Bila terkejut, dia akan melatah. risau plak kalau makin ...
ADVERTISEMENT