Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal ditemui mati akibat serangan oleh pihak yang tidak diketahui identitinya ketika bertugas di dalam balai polis. Memetik laporan Harian Metro, mangsa dikenali sebagai Valentino Masa ditemui mati dengan kesan tembak dan tetak di Balai Polis Pinggiran USJ, Subang Jaya awal pagi Khamis lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat mengesahkan kejadian itu dan mangsa ditemui mati di kaunter pertanyaan pada jam kira-kira 3.30 pagi. Ekoran kejadian pembunuhan itu, pihak polis menjadikan kawasan sekitar balai polis tersebut sebagai kawasan larangan dan orang awam yang tidak berkaitan dilarang masuk. Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor dilaporkan turut bergegas ke lokasi kejadian untuk tinjauan.
Difahamkan selepas ini, satu sidang media akan diadakan untuk memaklumkan perkembangan terkini berhubung kejadian itu.- CARI |
44
Bagus |
39
Marah |
36
Terkejut |
58
Sedih |
47
Lawak |
41
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
zara.melissa replied at 31-8-2017 11:22 AM
terima kasih FC utk berita lebih detail
ADVERTISEMENT