Alahai, ramainya rakyat Malaysia kecewa! Bukan kerana bola sepak mahupun hal lain, tapi berkenaan aiskrim durian McdDonald's yang kata sudah pun kehabisan stok!
Paling mengejutkan dan buat ramai terkilan adalah promosi tersebut tak sampai seminggu pun dijalankan, sudah pun sold out. Menu yang diberi nama Durian McFlurry D24 dikatakan mendapat sambutan luar biasa, memandangkan durian memang sinonim dengan rakyat Malaysia yang sangat 'gilakan' raja buahan tersebut. Paling sukar diterima ialah promosi berkenaan hanya akan kembali pada tahun 2018. Setahun tu! Loading FB Post...
“Disebabkan produk ini dihasilkan dari buah durian D24 sebenar, kami kehabisan stok untuk tahun ini. “Namun kami berjanji untuk menjualnya semula pada 2018,” kata McDonald's Malaysia dalam Facebook. Aiskrim durian tersebut dijual pada 24 Ogos lalu dengan harga RM7.99 dikatakan turut mendapat sambutan 5 kali ganda dari jangkaan. Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa kecewa dan sedih dengan berita tersebut. Malah mereka berkata tidak sempat pun untuk merasai menu edisi terhad tersebut! "Laa tak sempat rasa lagi dah habis promo!" "Lama nya nak tunggu tahun depan! Tidakk!" Bagaimana pula dengan anda? Sempat merasa aiskrim durian ini? - CARI
|
12
Bagus |
18
Marah |
9
Terkejut |
14
Sedih |
9
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
babynina30 replied at 30-8-2017 06:30 PM
Dpt beli. Verdict biasa je. Mcm jajan durian kecik2 dulu apenama tu
chazey replied at 30-8-2017 09:41 PM
Pinipu jah. Tempat ai ada lagi. Rasanya hansuang sungguh takda rasa durian D24 pon. Laki ai yang mak ...
ADVERTISEMENT