CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Segala Rahsia Teknik Pemain Malaysia Sudah Ada Dalam Poket"- Kapten Pasukan Thailand

29-8-2017 06:35 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5260| Komen: 43

Description: Selaku kapten pasukan Thailand, Chenrop Samphaodi dengan bangganya mengatakan bahawa segala rahsia skill pemain Malaysia sudah ada di dalam ‘poketnya’.

sumber : internet


Susulan pernah menjinakkan pasukan Malaysia dalam perlawanan Piala Negara-Negara, Kejohanan Piala Dubai dan Kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia B-23, kapten pasukan Thailand, Chenrop Samhaodi berlagak hebat mengatakan segala rahsia teknik pemain Malaysia sudah ada di dalam ‘poketnya’.

“Setiap perlawanan dengan Malaysia sebelum ini saya berjaya menjaringkan gol. Ketika di final Piala Negara-negara, saya menjaringkan satu gol, begitu juga di Dubai."

"Di Bangkok bulan lalu, saya jaringkan dua gol dan untuk sekali lagi melakukannya di final Sukan SEA, bukan mustahil."

Tambahnya dia sering menjadi penjaring gol yang berjaya membolosi gawang pasukan kita tanpa sempat dihalang oleh Adib Zainudin ataupun Irfan Zakaria sekali yang berada di kawasan pertahanan. 


“Saya dah banyak kali melakukannya (jaringkan gol), malah pertahanan Malaysia juga pemain sama. Saya yakin boleh meraih gol.”

Dalam pada itu, tegasnya perlawanan akhir adalah sangat berbeza berbanding dengan perlawanan sebelum ini kerana mana-mana pihak pun berpeluang menang.

"Jangan pandang rendah dengan corak pertandingan yang dilakukan oleh jurulatih Datuk Ong Kim Swee ini." 

"Memanfaatkan setiap peluang yang ada dan kekalkan momentum permainan."

Walau bagaimanapun, kekuatan Thailand bukanlah penghalang buat pasukan negara. Biarpun Thailand dianggap pasukan bola sepak pilihan di rantau Asia Tenggara dengan barisan pemainnya yang hebat, namun semua itu tidak menggentarkan pasukan Harimau Malaysia.

Kini sasaran pasukan bola sepak hanya satu saja, iaitu mengalahkan pasukan Thailand dan memenangi pingat emas. 

Semoga impian pingat emas dapat direalisasikan dengan sokongan penonton yang bakal membanjiri stadium Shah Alam pada malam ini.- CARI
16

Bagus
12

Marah
6

Terkejut
8

Sedih
10

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PEPPERMAN 29-8-2017 06:44 PM
Tapi dia lupa, team ni menerima sentuhan TMJ
Quote Changa 29-8-2017 06:45 PM
You go girl siam!!
Quote Changa 29-8-2017 06:45 PM
You go girl siam!!
Quote Elle_mujigae 29-8-2017 06:51 PM
Rasanya ini dipanggil perang psikologi kan..
Quote OmJualGas 29-8-2017 06:54 PM
Thai malam ni tada luck punya sebab suda lari ke dubai.....
Quote perembes 29-8-2017 06:57 PM
ada link live streaming tak
Quote Skuau 29-8-2017 07:05 PM
Wa cuma nk tnggu wisel penamat jer...#keputusansebenar....
Quote kiambang 29-8-2017 07:16 PM
Amboi berlagak ... perang psikologi nampak ...
Quote grouper 29-8-2017 07:16 PM
Thailand mmg kuat dr segi teknikal n taktikal. Msia harap semangat tempat sendiri shj. So masih 50 50 mlm ni.
Quote perembes 29-8-2017 07:20 PM
aku rasa tai da pluang cerah utk mng.. tp hrap ada keajaibn utk mesia menang 2-0
Quote dodifarid 29-8-2017 07:46 PM
Thai nak sembang kencang pun ada logiknya, sebab thai memang kuat dan malaysia selalu kalah dengan depa.. bukan macam indon tu sembang kencang habuk pun tarak
Quote RatuDunia94 29-8-2017 07:57 PM
Edited by RatuDunia94 at 29-8-2017 07:58 PM

Jgn expect tinggi sangat.. Ikut sejarah lepas pon mmg Thai > Malaysia..
But yeah still anybody's game..
Quote aldinaa 29-8-2017 07:59 PM
Harapannya kalau kalah pun biarlah kalah bermaruah. Team malaysia akan try its best!
Quote akusukaq 29-8-2017 08:19 PM
Ingat ya bola itu bulat, bukan empat segi.sesiapa pun boleh menang .tak semesti yg lebeh hebat pasti menang
Quote Mary_jane 29-8-2017 08:24 PM
Jangan gebang sangat. Kang melepas plak bapa segala emas tu. #ahmadmaslan ;p
Quote Nokiaman 29-8-2017 08:31 PM
Thailand 2 Malaysia 1..Bookie da FIX keputusannya...
Quote leena1234 29-8-2017 08:32 PM
Jgn berlagak sgt yee thailand..
Quote moonbug 29-8-2017 10:23 PM
Quote Peterpan17 29-8-2017 10:25 PM
perembes replied at 29-8-2017 07:20 PM
aku rasa tai da pluang cerah utk mng.. tp hrap ada keajaibn utk mesia menang 2-0

thai dah 1 gol pun. Kita msh telur kosong. Ni dah nak abis. Mmg outlah. aku dah tutup tv lepas thai gol

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.133379 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top