Gara-gara cinta tidak berbalas, seorang lelaki bertindak kejam memotong tangan gadis yang cuba dipikatnya. Kejadian yang berlaku di Lucknow, India itu menyaksikan Vinod Chaurasia, 19 memotong tangan gadis berusia 15 tahun tersebut dengan menggunakan pedang.
Menurut laporan The Sun, segalanya bermula apabila gadis berkenaan pergi ke sebuah pasar di Lakhimpur Kheri di negeri Uttar Pradesh bersama adik lelakinya. Chaurasia yang bekerja di sebuah bengkel besi mula mengekori mangsa dan beberapa kali mengajaknya untuk keluar bersama. Walau bagaimanapun, tindakan gadis terbabit yang menolak ajakan menyebabkan suspek berang dan mengeluarkan pedang secara tiba-tiba sebelum memotong tangannya hingga putus.
Dia juga cuba menetak mangsa namun berjaya dihalang oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian. Pihak polis menyatakan mangsa dikejarkan ke sebuah hospital untuk menyambung semula tangannya yang putus. "Menurut keterangan mangsa, suspek sering mengekorinya sejak beberapa bulan lalu dan selalu mengajaknya keluar tetapi gadis itu tidak melayannya,” kata polis. Lelaki itu berjaya ditangkap dan akan didakwa di mahkamah. -CARI
|
16
Bagus |
22
Marah |
14
Terkejut |
17
Sedih |
17
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
white_musk replied at 27-8-2017 02:28 PM
Lelaki ini patut belajar dengan lelaki melayu cara2 memikat perempuan..
ADVERTISEMENT