Anda kerap mengalami mimpi buruk? Bila kali terakhir anda tersentak bangun dari tidur kerana mimpi ngeri? Anda mungkin tak tahu, mimpi buruk boleh berlaku disebabkan banyak faktor. Bermula dari stres, terhimpit perasaan cemas dan pola tidur berubah, amalan pemakanan juga menyebabkan mimpi buruk.
Aik, macama mana makanan boleh mempengaruhi mimpi kita? Macam tak percaya pula. Boldsky.com menjelaskan, makanan tertentu boleh menyebabkan mimpi buruk jika diambil berlebihan. Apa jenis makanan tu? 1. Makanan pedas
Umum tahu makanan pedas meningkatkan suhu tubuh dan mengganggu aktiviti otak ketika kita tidur, sekali gus mengganggu kualiti tidur kita. 2. Kafein Ya! Kafein sememangnya sangat diperlukan di saat anda ingin mengurangkan rasa mengantuk. Namun, anda tak digalakkan mengambil sebarang minuman atau makanan berkafein seperti coklat sebelum waktu tidur. Apabila anda susah tidur di bawah pengaruh kafein, ia boleh memicu aktiviti otak yang dapat menyebabkan mimpi buruk. 3. Pasta Menurut portal EAT THIS, NOT THAT!, sebuah kajian mendapati pengambilan pasta dan roti pada waktu malam boleh mempengaruhi mimpi anda! 4. Kerepek Ha, segelintir daripada kita selalu rasa mahu mengunyah sesuatu walaupun tak berasa lapar. Maka kerepek sering menjadi kudapan pilihan mereka. Penting untuk anda ketahui bahawa makanan berminyak seperti kerepek mampu memicu kehadiran mimpi buruk dalam tidur. 5. Aiskrim, biskut (makanan manis) Efek makan aiskrim pada waktu malam adalah ia akan membuat otak menjadi 'bingung' kerana kandungan gula dan lemak dalam makanan itu boleh meningkatkan tenaga, sedangkan tubuh memerlukan tidur. Apabila kualiti tidur terganggu, ia akan mendorong anda untuk bermimpi yang bukan-bukan. Kalau sering 'dikejar' mimpi buruk, cuba ubah pola makan anda. Perhatikan jenis-jenis makanan dan minuman yang anda ambil sebelum tidur. Nak senang, jangan makan atau minum apa-apa yang dapat memicu mimpi buruk tersebut. Walaupun mungkin kedengaran agak mengarut, namun tak salah mencubanya, bukan? Semoga info ini bermanfaat untuk kita semua. - CARI
|
35
Bagus |
26
Marah |
27
Terkejut |
31
Sedih |
45
Lawak |
32
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT