"Nama panjang-panjang ni, adakah tuan empunya diri akan dipanggil dengan nama penuhnya sepanjang masa?"
Pasti itulah yang terdetik di hati jika terlihat satu nama yang panjang, lebih-lebih lagi jika nama tertera buat lidah anda berbelit nak menyebutnya. Pun begitu, seorang wanita, Khamsaturra-Piaatol-Lati-Latipah Abdul Rahman, 53, gembira kerana memiliki nama yang sangat panjang. “Yang baiknya nama panjang, orang mudah ingat kita ini siapa, tetapi ada juga yang tak baiknya, terpaksa ‘ditemu bual’ untuk urusan rasmi.
"Sekurang-kurangnya, ada juga perkara orang boleh ingat kepada saya, hanya kerana nama dan saya anggap ini adalah ‘hadiah istimewa’ daripada arwah Chek (panggilan untuk ayahnya),” katanya kepada Sinar Harian. Menurut Latipah, namanya itu diberi ibunya selepas dirujuk kepada ulama atau tok guru kerana mengikut amalan orang Kelantan. Sementara itu, suami Latipah iaitu Ismail berkata, dia menghafal betul-betul nama isterinya sebelum akad nikah. “Dulu gerun tengok namanya ada dalam dua kad pengenalan. Panjang dan agak susah sebut, tetapi demi kasih sayang, Alhamdulillah akad itu hanya sekali lafaz,” ujarnya ketawa. Apa yang menarik dan melucukan, Latipah pernah digelar sebagai 'Koperal' gara-gara namanya dipendekkan kepada 'KPL'. “Agak susah membawa nama istimewa ini terutama ketika mahu ambil peperiksaan, Namun atas bantuan pihak sekolah dan beberapa kali berhadapan dengan temu bual dengan pihak tertentu peperiksaan, akhirnya nama saya terpaksa dipendekkan kepada ‘KPL’ untuk singkatan bagi Khamsaturra Piaatol Lati. “Jadi di sekolah ada yang memanggil saya sebagai ‘koperal’ setelah nama saya dipendekkan kepada ejaan ‘KPL’,” katanya. Dalam masa sama, Latipah turut berpesan kepada ibu bapa untuk menamakan anak dengan nama pendek, mudah diingat dan indah maksudnya supaya mudah dan senang untuk anak itu sendiri serta orang lain. - CARI
|
36
Bagus |
14
Marah |
30
Terkejut |
21
Sedih |
21
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
nobito replied at 22-8-2017 12:42 PM
Nama tu ikut Fengshui versi Isle ke?
jazaa100 replied at 22-8-2017 01:08 PM
Entahnya....
Siap rujuk ulama' pastu ada Lati- Latipah.....
ADVERTISEMENT