Masih lagi kisah rumah tangga penyanyi Hafiz Hamidun dan isterinya, Joy Revfa menjadi perhatian sejak beberapa minggu lalu. Terbaru, hari ini sekali lagi peminat dikejutkan bila Joy dikatakan memfailkan pembubaran perkahwinan mereka di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di Subang Bestari Jumaat lalu.
Ini susulan keraguan terhadap status perkahwinan bersama Hafiz pada 1 Mei lalu yang dikatakan tidak sah. Apa sudah jadi sebenarnya ni? Manakala, Hafiz menerusi Mstar Online pula berkata dia hanya akan menjelaskan dan mengulas mengenai perkahwinannya yang dikatakan tidak sah itu selepas urusan berkaitan mahkamah selesai. "Saya tiada ulasan tentang perkahwinan tidak sah, anda akan ketahui tentang perkara itu tidak lama sahaja lagi selepas semua keputusan dan fakta sudah siap. "Bukan saya berdiam diri, cuma saya ingin bercakap berlandaskan fakta bukan emosi semata-mata. Bagi saya sekarang bukan masanya lagi," ujarnya.
Dalam pada itu, Hafiz berkata dia turut hadir ke mahkamah hari ini untuk memfailkan permohonan pembubaran perkahwinannya. Namun tindakannya itu gagal kerana Joy didapati terlebih dahulu telah melakukan hal tersebut. "Sepatutnya hari ini dah selesai semuanya, tapi campur tangan banyak pihak membuatkan ia jadi rumit," katanya lagi. Terdahulu, Joy dilaporkan hadir ke mahkamah pada pagi Isnin untuk melengkapkan beberapa dokumen selepas memfailkannya Jumaat lalu. - CARI |
8
Bagus |
7
Marah |
12
Terkejut |
12
Sedih |
14
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT