Gara-gara kedegilan tiga warga Malaysia yang bergaduh dan merosakkan sebuah asrama di Osaka, Jepun pihak hotel berkenaan telah menggunakan khidmat peguam bagi menuntut kerugian terhadap ketiga-tiga mereka. Laporan Places and Food.com yang memetik kenyataan dalam facebook rasmi asrama berkenaan Vitti Lodge & Family Apartment telah menyenaraikan lima kesalahan. Antaranya kerosakan dinding, kerosakan bilik air kerana telah membuang air berak di bilik mandi, kerosakan perabot, penipuan tiket kapal terbang kerana tertinggal pesawat dan melakukan keganasan terhadap pekerja premis. Selain itu pihak hotel berkenaan turut membuat laporan polis berhubung kejadian. Dilaporkan ketiga-tiga rakyat Malaysia tersebut telah tertinggal pesawat pulang ke Malaysia pada 17 Ogos lalu dan mereka menambah jumlah hari penginapan dengan cara menipu. Pertelingkahan terjadi setelah salah seorang pekerja asrama yang merupakan warga Malaysia telah dikasari oleh salah seorang daripada mereka. Selain mengecewakan pihak pengurusan asrama itu, rakaman situasi pergaduhan berkenaan turut menjadi tular di media sosial dengan memperolehi 260,000 tontonan dan 2,000 perkongsian setakat ini. Bagaimanapun menerusi salah satu posting yang dimuatnaik menulis asrama berkenaan sedang menimbang untuk tidak membenarkan rakyat Malaysia menginap di asrama berkenaan setelah Korea dan China.- CARI |
23
Bagus |
18
Marah |
11
Terkejut |
22
Sedih |
15
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
batmana replied at 19-8-2017 04:31 PM
yg gaduh tu warga thailand
yg berak tu tak tau sapa
ADVERTISEMENT